Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458388
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHakim Zainal-
dc.contributor.authorZafirah Hanisah Abdul Karim (P87078)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:58Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:58Z-
dc.date.issued12/11/2021-
dc.identifier.otherukmvital:128726-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458388-
dc.descriptionMaful mutlaq adalah antara tajuk yang sukar untuk difahami oleh pelajar kerana, kesukaran membezakan maksud terjemahan maful mutlaq itu sendiri yang mempunyai tiga jenis maksud iaitu, sebagai kata penguat, menerangkan jenis perbuatan dan bilangan. Berdasarkan kajian lepas, terdapat banyak kajian berkenaan maful mutlaq, namun ia hanya membincangkan dari sudut sintaksis dan jenis maful itu sendiri. Kajian berkenaan kaedah terjemahan masih belum dibincangkan. Objektif kajian ini bertujuan mengenalpasti jenis maful mutlaq dalam ayat al-Quran juzuk 29 dan padanan maknanya, menganalisis bentuk terjemahan maful mutlaq ke bahasa Melayu dan menentukan kaedah terjemahan maful mutlaq yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman berdasarkan teori terjemahan al-Qattan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif serta kaedah analisis kandungan bagi pengumpulan data berdasarkan korpus kajian iaitu kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kaedah penganalisisan data pula dianalisis secara deskriptif serta merujuk kepada teori terjemahan al-Qattan. Ia memfokuskan maful mutlaq dalam juzuk 29 sahaja sebagai sampel kajian. Sampel kajian dikesan berpandukan 3 buah kitab icrab al-Quran: Icrab al-Qur'an al-Karim wa Bayanuh, al-Jadwal fi Icrab al-Qur'an wa Sarfuh wa Bayanuh dan al-Icrab al-Mufassal al-Murattal. Hasil kajian mendapati terdapat 38 perkataan maful mutlaq iaitu 19 perkataan makna kata penguat, 14 perkataan menerangkan jenis dan 5 perkataan menunjukkan bilangan. Dari aspek padanan makna maful mutlaq antara terjemahan kitab Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran dan Kamus Besar Arab-Melayu Dewan 2015, sebanyak 82 peratus menunjukkan padanan maksud yang sama dan 18 peratus lagi tidak membawa maksud yang sepadan. Bentuk terjemahan maful mutlaq pula menunjukkan terdapat penambahan kata sendi 'dengan', 'sebagai', 'yang', kata adjektif, imbuhan akhir 'lah' serta menggunakan kata ganda. Bagi kaedah terjemahan, Sheikh Abdullah Basmeih lebih cenderung menterjemah perkataan maful mutlaq secara manawiyyah asliyyah iaitu sebanyak 63 peratus manakala sebanyak 37 peratus sahaja diterjemah secara tafsiriyyah. Kaedah terjemahan manawiyyah asliyyah dilihat lebih sesuai dan lebih tepat dalam menterjemah ayat maful mutlaq berbanding kaedah tafsiriyyah. Kajian ini dapat membantu para pelajar dan pembaca dalam mengenalpasti jenis perkataan maful mutlaq serta menterjemah ayat maful mutlaq dengan lebih jelas dan tepat.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Translating-
dc.subjectQur'an -- Language-
dc.subjectstyle-
dc.subjectBasmeih-
dc.subjectAbdullah Muhammad-
dc.subject-- translator-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKaedah terjemahan Maful Mutlaq dalam tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran oleh Sheikh Abdullah Basmeih-
dc.typetheses-
dc.format.pages139-
dc.identifier.callnoBP131.13.Z335 2021 tesis-
dc.identifier.barcode006567(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128726+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
609.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.