Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458387
Title: | Konsep kepimpinan non Muslim menurut Majlis Ulama Indonesia |
Authors: | Anasrullah Bunari (P87363) |
Supervisor: | Najah Nadiah Amran, Dr. |
Keywords: | Leadership -- Religious aspects -- Islam Democracy -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1 |
Description: | Sistem demokrasi yang diamalkan di negara Indonesia memberi peluang dan membolehkan rakyat memilih pemimpin walaupun terdapat perbezaan agama dan latar belakang. Di beberapa daerah di Indonesia, pemimpin non Muslim telah dipilih dalam pilihanraya sedangkan rakyat majoritinya beragama Islam. Keadaan ini menarik untuk dikaji secara mendalam menurut pandangan hukum Islam dan pandangan Majlis Ulama Indonesia. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kepimpinan Islam dan kepimpinan non Muslim? Bagaimanakah pendirian Majlis Ulama Indonesia tentang kepemimpinan tersebut? Tujuan penelitian ini adalah untuk mengkaji konsep dan pendirian sarjana Muslim, perlantikan tradisi dan kontemporari dan khususnya pandangan dan fatwa Majlis Ulama Indonesia mengenai pemimpin non Muslim dalam kalangan masyarakat indonesia dan mengkaji kesan-kesanya terhadap masyarakat Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode kajian dokumen dengan menumpukan kepada buku-buku, jurnal, majalah, dan lain-lain. Data dikumpulkan melalui pendekatan analisis dokumen. Analisis dijalankan secara tematik. Berdasarkan hasil dapatan kajian serta analisis dokumen, dapat disimpulkan bahawa pemimpin adalah individu yang dipilih secara demokratik dan memiliki pengaruh terhadap individu lain dalam sebuah sistem untuk mencapai tujuan bersama. Dalam konteks Islam, kepimpinan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW merupakan contoh ikutan kepimpinan untuk semua Muslim dan non Muslim. Dari konteks siyasah Islam, pemimpin merupakan khalifah nubuwwah. Asas hukum yang menjadi pendirian MUI adalah haram melantik non Muslim mengetuai urusan tatanegara kaum muslimin berasaskan pegangan ayat 58 dan 59 surah al-Nisa. Dalam prioriti pemilihan, MUI berpandangan seorang pemimpin yang dilantik mestilah berpandukan ketetapan al-Quran dan sunnah dalam keadaan menjaga agama dan mengambilkira kesan ke atas masyarakat yang dipimpinnya. Kajian ini menjadi garis panduan dalam pemilihan pemimpin dan menyarankan bahawa masyarakat Muslim di Indonesia hendaklah memimpin berdasarkan fatwa Majlis Ulama Indonesia yang selari dengan konsep pemilihan kepimpinan Islam. Demi mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat secara universal maka aspek agama dan negara tidak boleh dipisahkan agama. Agama (al-Din) adalah asas manakala pemerintahan (al-Sultan) adalah penjaga.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 72 |
Call Number: | BP190.5.L4A54 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128725+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 823.72 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.