Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458386
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNajah Nadiah Amran, Dr.
dc.contributor.authorNuur Syafiqah Abirerah (P95479)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:56Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:56Z-
dc.date.issued08/11/2021
dc.identifier.otherukmvital:128717
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458386-
dc.descriptionArmalah merujuk kepada wanita yang kehilangan suami kerana perceraian atau kematian. Kehilangan tersebut menyebabkan golongan armalah mempunyai bebanan peranan berkali ganda lebih tinggi berbanding dengan keluarga yang sempurna. Peranan berganda tersebut telah membawa kepada gangguan emosi yang berterusan dan akhirnya membawa kepada tekanan mental armalah. Status armalah yang mendapat tanggapan buruk atau stigma masyarakat sekeliling telah menyebabkan golongan armalah ini menggunakan alternatif sendiri untuk menguruskan tekanan emosi yang dialami. Namun, kaedah yang digunakan masih mengganggu kualiti hidup wanita tersebut. Berikutan kadar perceraian dan kemiskinan tertinggi di negeri Kelantan yang boleh membawa kepada gangguan emosi armalah, kajian ini bertujuan mengkaji (a) bentuk-bentuk emosi armalah di Kota Bharu, Kelantan, (b) cabaran-cabaran emosi armalah di Kota Bharu, Kelantan dan (c) pengurusan emosi yang dilakukan oleh armalah di Kota Bharu, Kelantan menurut perspektif Islam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes melalui kaedah temubual mendalam terhadap lima orang armalah. Data temubual dirakam dan disalin semula secara verbatim. Ia dianalisis secara deskriptif dengan kod dan tema tertentu. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat gangguan emosi yang dialami oleh armalah untuk jangka masa tertentu selepas perceraian dan kematian pasangan. Antaranya seperti rasa sedih, susah hati, kehilangan, marah, hilang arah dan kecewa. Manakala cabaran emosi pula terbahagi kepada lima bahagian iaitu cabaran anak-anak, cabaran kehilangan, cabaran kewangan, stigma masyarakat dan proses perceraian yang panjang. Kajian juga mendapati tiga pendekatan digunakan oleh armalah dalam pengurusan emosi iaitu pendekatan kerohanian, pengukuhan mental dan mendapatkan sokongan pihak luar. Implikasi kajian ini berguna kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan untuk memperkasakan lagi program armalah dan mencadangkan agar Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan (DKMK) memberikan penekanan terhadap kerangka sirah dan sunnah Rasulullah SAW sebagai garis panduan pembangunan emosi khususnya kepada mereka yang menghadapi kehilangan ahli keluarga.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectSingle mothers -- Kelantan
dc.subjectSingle mothers -- Psychology
dc.subjectStress (Psychology) -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan pengurusan emosi armalah muslimah di Kota Bharu, Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages192
dc.identifier.callnoHQ759.915.N698 2021 tesis
dc.identifier.barcode006558(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.