Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458379
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abd. Majid, Prof. Madya-
dc.contributor.authorNuraleya Abdul Hamid (P90123)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:51Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:51Z-
dc.date.issued14/02/2022-
dc.identifier.otherukmvital:128365-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458379-
dc.descriptionHadis musykil dari sudut lafaz dan makna secara zahirnya kelihatan bercanggah dan menyebabkan wujud fahaman yang mengelirukan. Terdapat golongan yang mengkritik hadis-hadis tersebut mengikut fahaman dan pendekatan tersendiri iaitu golongan Islam liberal. Hadis-hadis musykil dipertikaikan melalui beberapa percanggahan antaranya percanggahan hadis dengan sejarah dan akal. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengetahui bagaimana ulama mendefinisikan hadis musykil. Seterusnya, mengenal pasti interaksi golongan Islam liberal dalam memahami hadis musykil dan menganalisis percanggahan terhadap hadis-hadis musykil yang dilakukan oleh golongan Islam liberal. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa hadis musykil sememangnya mempunyai ciri-ciri kemusykilan tetapi penjelasan hadis-hadis tersebut sudah diperjelaskan oleh para ulama terdahulu. Golongan Islam liberal memahami hadis musykil berbeza dengan fahaman ulama terdahulu dan kini. Mereka cenderung memahami hadis tersebut atas penelitian terhadap latar belakang sejarah dan periwayat serta mengubah fahaman mengikut logik akal sendiri. Percanggahan terhadap hadis berlaku disebabkan mereka tidak menyatakan hadis-hadis tersebut sebagai hadis musykil walaupun sememangnya hadis-hadis tersebut mempunyai bentuk-bentuk kemusykilan dalam hadis. Selain itu, golongan ini menguatkan hujah dengan menggunakan hadis-hadis musykil bagi mempertahankan prinsip mereka iaitu keadilan, kebebasan dan kesamarataan. Pemahaman golongan Islam liberal terhadap hadis musykil memberi kesan yang negatif. Bahkan, bertentangan dengan pandangan para ulama dan ahlu al-Sunnah wa al-Jamaᶜah. Implikasi kajian agar masyarakat berwaspada dalam memahami sesebuah hadis tanpa melakukan fahaman sendiri dan menjadi kewajipan supaya merujuk al-Quran dan sunnah serta pandangan ijtihad ulama dan kitab-kitab yang sahih dan rajih.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHadith -- Hermeneutics-
dc.subjectHadith -- Criticism, interpretation, etc.-
dc.subjectHadith -- Criticism, Textual-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSikap golongan Islam liberal terhadap hadis musykil-
dc.typetheses-
dc.format.pages151-
dc.identifier.callnoBP136.8.N83 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006597(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128365+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.