Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458378
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md Nor Abdullah, Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Syuhada Che Mat Amin (P104148) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:50Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:50Z | - |
dc.date.issued | 16/08/2021 | |
dc.identifier.other | ukmvital:128363 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458378 | - |
dc.description | Riyad al-Salihin merupakan kitab karya Imam Nawawi yang mengumpulkan hadith Nabawi dalam pelbagai aspek kehidupan misalnya berkenaan adab, doa dan larangan dalam agama. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan sebelum ini, Riyad al-Salihin telah dikaji dari pelbagai sudut iaitu aspek amr dan nahy, uslub al-istifham dan analisis isticarah. Namun begitu, masih belum terdapat kajian yang mendalam dan komprehensif berkenaan estetika balaghah dalam hadith adab Riyad al-Salihin. Isu berkenaan adab adalah wajar untuk diperhalusi memandangkan aspek ini memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai ketamadunan sesebuah masyarakat. Justeru, kajian ini meneliti estetika unsur balaghah yang terkandung dalam hadith Riyad al-Salihin dengan memfokuskan kitab adab yang berkisarkan adab seharian seseorang Muslim. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menganalisis data dan menjadikan Riyad al-Salihin sebagai korpus kajian dalam meneliti keindahan unsur retorik yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW. Tiga puluh hadith telah dikenalpasti unsur balaghahnya dan dihuraikan keindahan gaya bahasa tersebut secara lebih terperinci dan kritis dengan merujuk kepada kitab balaghah terdahulu seperti Asrar al-Balaghah dam Dala'il al-Icjaz. Sharh hadith Riyad al-Salihin seperti Dalil al-Falihin karya Ibn cAllan, Nuzhat al-Muttaqin dan Sharh Ibn cUthaymin turut dirujuk dalam menghuraikan kandungan hadith secara jelas. Teori Nazm al-Jurjani telah dijadikan sandaran kajian semasa menganalisis sampel. Hasil kajian mendapati bahawa hadith adab Riyad al-Salihin mengandungi unsur balaghah yang padat dan menyerlahkan sisi keindahan gaya bahasa Rasulullah SAW dalam menyantuni para sahabat RA dan umat Islam. Unsur ijaz mendominasi hadith Nabawi apabila sebanyak 20 elemen ini ditemui dalam kitab adab. Di samping itu, elemen balaghah dari ketiga-tiga cabang secara komprehensif iaitu Macani, Bayan dan Badic turut ditemui seperti itnab, isticarah dan tibaq. Implikasi kajian menjelaskan lagi kepelbagaian unsur retorik dalam hadith Nabawi secara umumnya, dan hadith adab Riyad al-Salihin khususnya. Selain itu, kajian turut mendedahkan kepada pembaca dan pengkaji dalam pengkhususan bidang balaghah hadith berkenaan keindahan bahasa Arab serta hadith,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Arabic language -- Rhetoric | |
dc.subject | Hadith | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Estetika balaghah hadith kitab adab dalam riyad al-salihin | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 207 | |
dc.identifier.callno | PJ6697.Z5.R4559 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006596(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128363+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.