Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458375
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaizul Abdul Rahman, Dr. | |
dc.contributor.author | Nurul Nadhirah Zahari (P93022) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:48Z | - |
dc.date.issued | 21/10/2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:126238 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458375 | - |
dc.description | Masalah keruntuhan akhlak semakin berleluasa dalam kalangan remaja. Pelbagai bentuk tingkah laku remaja yang serius sehingga melibatkan orang sekeliling terutama keluarga. Hal ini kerana kurangnya penghayatan amalan-amalan agama dalam diri mereka yang mampu membentuk sikap-sikap positif yang seterusnya dapat membina jati diri mereka. Kebanyakan remaja bermasalah kurang nilai asertif dan resilien dalam diri mereka yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan pengaruh negatif di sekeliling mereka. Selain itu nilai asertif dan resilien juga tidak begitu popular dalam masyarakat sebagai salah satu jalan untuk mendidik remaja bertindak yang sepatutnya apabila muncul pengaruh negatif di sekeliling mereka. Justeru, objektif kajian ini ingin mengkaji bentuk-bentuk tingkah laku remaja bermasalah di Bayt al-Rahmah sebelum dan semasa di Bayt al-Rahmah bagi melihat perubahan sikap mereka, seterusnya mengenalpasti pendekatan rohani yang dijalankan di Bayt al-Rahmah serta menganalisis kesan pendekatan rohani tersebut terhadap pembentukan sikap asertif dan resilien pelatih di Bayt al-Rahmah. Kajian ini dijalankan melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan di mana temu bual mendalam merupakan kaedah utama dalam kajian ini manakala data sokongan diperoleh daripada kaedah lukisan projektif. Data temu bual dalam kajian ini dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti manakala data lukisan projektif dianalisis secara manual iaitu berdasarkan teori Kopitz. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak lapan jenis tingkah laku sosial yang pernah dilakukan para pelatih di Bayt al-Rahmah sebelum masuk ke Bayt al-Rahmah serta dua kesalahan ringan semasa berada di Bayt al-Rahmah. Aspek pendekatan rohani yang dijalankan di sana pula adalah berbentuk muja>hadah al-nafs dan riya>d}ah al-nafs yang terdiri daripada solat, taubat, melazimi diri dengan al-Quran dan mengikuti kelas agama. Selain itu hasil kajian menunjukkan pendekatan rohani yang dijalankan di rumah kebajikan tersebut mampu membentuk sikap asertif dan resilien dalam diri para pelatih seperti berani menolak ajakan negatif, mempunyai perancangan masa hadapan dan sebagainya. Tambahan pula majoriti pelatih yang ditemu bual menunjukkan lukisan positif melalui hasil daripada lukisan projektif mereka. Secara keseluruhannya pendekatan rohani yang dijalankan di Bayt al-Rahmah memberikan kesan positif terhadap jati diri pelatih di sana.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Counselling -- Islam -- Religious aspects | |
dc.subject | Teenagers -- Counseling of -- Malaysia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pendekatan rohani dalam membentuk jati diri remaja bermasalah : kajian di Bayt al-Rahmah, Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 140 | |
dc.identifier.callno | BP190.5.C68N86 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006398(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126238+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 667.01 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.