Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458371
Title: | Hikmat al-Ishraq oleh Suhrawardi (M.1191M) : satu analisis |
Authors: | Nurul Alliyana Ahmad Shabuddin (P78104) |
Supervisor: | Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sufism -- Early works to 1800 Suhraward'yah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 11 |
Description: | Kajian ini memfokuskan tentang seorang tokoh ilmuwan tasawuf falsafi yang terkenal dengan Ḥikmat al-Ishrāq iaitu Suhrawardī al-Maqtūl (m.1191M) atau lebih dikenali sebagai Shaykh al-Ishrāq. Beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada lima puluh buah karya sepanjang tiga puluh lapan tahun hidupnya. Kebanyakkan yang terdapat di dalam karya-karya beliau ialah perbincangan mengenai pengalaman tasawuf yang dilalui oleh Suhrawardī al-Maqtūl sendiri. Beliau juga membincangkan antara cara dan jalan menuju Allah SWT serta matlamatnya iaitu macrifatullah. Namun generasi kini kurang pendedahan, mengenai kehebatan, ketokohan dan pemikiran Suhrawardī al-Maqtūl yang boleh dijadikan panduan. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini ialah memperkenalkan Suhrawardī al-Maqtūl dengan lebih terperinci dan meneliti pengaruh pemikiran dan pengaruh Tasawuf Islam yang digunakan di dalam Ḥikmat al-Ishrāq. Oleh kerana disertasi ini merupakan suatu analisis tentang pemikiran seorang tokoh, maka kajian perpustakaan berasaskan analisis kandungan telah digunakan. Kaedah ini meneliti Ḥikmat al-Ishrāq oleh Suhrawardī al-Maqtūl sebagai sumber primer. Selain itu, rujukan juga dibuat kepada data-data sekunder, iaitu data-data daripada para pengkaji terdahulu. Bagi membuat kesimpulan pula, analisis data yang digunakan ialah metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Ḥikmat al-Ishrāq menurut Suhrawardī adalah sebuah karya yang ditulis menggunakan pendekatan pemikiran falsafah yang berdasarkan pengalaman tasawuf yang dilalui dan dirasai oleh beliau.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 129 |
Call Number: | BP188.9.N837 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126234+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 961.41 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.