Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458371
Title: Hikmat al-Ishraq oleh Suhrawardi (M.1191M) : satu analisis
Authors: Nurul Alliyana Ahmad Shabuddin (P78104)
Supervisor: Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sufism -- Early works to 1800
Suhraward'yah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  11
Description: Kajian ini memfokuskan tentang seorang tokoh ilmuwan tasawuf falsafi yang terkenal dengan Ḥikmat al-Ishrāq iaitu Suhrawardī al-Maqtūl (m.1191M) atau lebih dikenali sebagai Shaykh al-Ishrāq. Beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada lima puluh buah karya sepanjang tiga puluh lapan tahun hidupnya. Kebanyakkan yang terdapat di dalam karya-karya beliau ialah perbincangan mengenai pengalaman tasawuf yang dilalui oleh Suhrawardī al-Maqtūl sendiri. Beliau juga membincangkan antara cara dan jalan menuju Allah SWT serta matlamatnya iaitu macrifatullah. Namun generasi kini kurang pendedahan, mengenai kehebatan, ketokohan dan pemikiran Suhrawardī al-Maqtūl yang boleh dijadikan panduan. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini ialah memperkenalkan Suhrawardī al-Maqtūl dengan lebih terperinci dan meneliti pengaruh pemikiran dan pengaruh Tasawuf Islam yang digunakan di dalam Ḥikmat al-Ishrāq. Oleh kerana disertasi ini merupakan suatu analisis tentang pemikiran seorang tokoh, maka kajian perpustakaan berasaskan analisis kandungan telah digunakan. Kaedah ini meneliti Ḥikmat al-Ishrāq oleh Suhrawardī al-Maqtūl sebagai sumber primer. Selain itu, rujukan juga dibuat kepada data-data sekunder, iaitu data-data daripada para pengkaji terdahulu. Bagi membuat kesimpulan pula, analisis data yang digunakan ialah metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Ḥikmat al-Ishrāq menurut Suhrawardī adalah sebuah karya yang ditulis menggunakan pendekatan pemikiran falsafah yang berdasarkan pengalaman tasawuf yang dilalui dan dirasai oleh beliau.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 129
Call Number: BP188.9.N837 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126234+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
961.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.