Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458370
Title: Sikap warga Universiti Kebangsaan Malaysia dalam interaksi dengan maklumat Islam menerusi media baharu
Authors: Farah Waheeda Yahya (P89960)
Supervisor: Muhamad Faisal Ashaari, Dr.
Keywords: Digital media -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  29
Description: Media baharu bukan sahaja merupakan saluran berkomunikasi tetapi juga berfungsi sebagai sumber maklumat khususnya maklumat yang berkaitan dengan Islam. Walau bagaimanapun, sikap pengguna dalam menerima dan menyebarkan maklumat di alam maya telah menyebabkan percampuran maklumat Islam antara yang betul dan yang salah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sikap pengguna internet dalam menerima dan menyebarkan maklumat Islam menerusi media baharu dari sudut emosi, kognitif dan tingkah laku. Kajian ini juga turut mengkaji hubungan antara sikap dari segi penerimaan dan penyebaran maklumat Islam menerusi media baharu. Ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data. Seramai 580 responden telah dipilih secara rawak dalam kalangan mahasiswa UKM dan kakitangan UKM. Data dianalisis dalam bentuk kekerapan, peratusan, min (purata) serta korelasi Spearman's Rho. Dapatan menunjukkan bahawa responden suka menggunakan media baharu dan minat menggunakannya. Mereka bersetuju dari sudut emosi dengan penerimaan maklumat Islam dari media baharu dengan skor min 3.78 manakala dari sudut penyebaran maklumat Islam pula mereka menunjukkan sikap kurang bersetuju dengan skor min 2.88. Berbeza dengan kognitif, responden menerima baik dan mengambil langkah berhati-hati dalam menerima maklumat Islam dengan skor min yang tinggi 4.02 dan dalam penyebaran maklumat Islam dengan skor min 3.63. Manakala menerusi sudut tingkah laku pula, dapatan jelas menunjukkan bahawa ramai responden yang tidak terus menerima maklumat dan majoriti mereka membuat pengesahan sebelum menyebarkannya. Analisis korelasi Spearman's Rho mendapati hubungan yang signifikan antara sikap dari segi penerimaan dan penyebaran maklumat Islam menerusi media baharu dengan r=0.700. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa sikap warga UKM dari sudut penerimaan dan penyebaran maklumat Islam memberikan tindak balas yang baik kepada penggunaan aplikasi media baharu. Kajian ini memberi implikasi dari sudut sikap berhati-hati dan mengawal diri yang perlu ada pada pengguna Islam dalam menerima dan berkongsi setiap maklumat yang diterima. Sikap ini dapat mengelak dari penyebaran maklumat palsu dan bersifat fitnah dalam masyarakat khususnya maklumat Islam.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 110
Call Number: BP190.5.D54.F337 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125965+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.