Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458367
Title: Baby hatch menurut hukum syarak dan perundangan Malaysia
Authors: Siti Nur Aqilah Bux Sheikh Johari Bux (P85184)
Supervisor: Al-Adib Samsuri, Prof. Madya Dr.
Keywords: Foundlings
Children (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  11
Description: Kajian ini bertujuan menghuraikan permasalahan yang berkaitan status bayi di Baby Hatch menurut perspektif syarak dan undang-undang yang boleh dikategorikan sebagai al-laqit. al-Laqit ialah anak buangan yang ditemui di jalan dan tidak diketahui identiti dan nasab mereka. Di Malaysia, Baby Hatch merupakan tempat perlindungan bagi bayi yang tidak diingini dan tanpa sebarang dokumen. Berikutan itu, timbul isu tentang status bayi di Baby Hatch seperti status kesahtarafan, identiti, agama, bangsa dan kewarganegaraan mengikut hukum syarak dan perundangan Malaysia. Objektif kajian terbahagi kepada tiga iaitu, pertama, mengkaji Baby Hatch menurut hukum syarak dan undang-undang di Malaysia. Kedua, analisis hak dan kepentingan yang diterima oleh bayi di Baby Hatch di sisi syarak dan undang-undang dan ketiga mengenalpasti pengurusan status identiti bayi di Baby Hatch. Kajian ini menggunakan metode temubual mendalam separa struktur dengan 4 orang pegawai di pusat Baby Hatch iaitu Yayasan OrphanCare Petaling Jaya, Yayasan OrphanCare Johor Bahru dan Yayasan OrphanCare Kedah dan Professor hukum Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian ini ialah tematik dan deskriptif. Dapatan kajian ini menunjukkan pusat Baby Hatch di Malaysia memainkan peranan penting bagi memelihara hak dan kepentingan kanak-kanak untuk hidup dalam sebuah keluarga. Selain itu, kanak-kanak laqit dapat meneruskan kehidupan secara normal yang mempunyai status, identiti, agama dan kewarganegaraan. Pada masa kini, pusat Baby Hatch dianggap penting bagi memelihara nyawa bayi dan kelangsungan hidupnya. Diharapkan kajian ini dapat memberikan rujukan kepentingan penubuhan pusat Baby Hatch di Malaysia dan rujukan undang-undang Malaysia yang terkait dengan Baby Hatch dan mengenalpasti undang-undang yang perlu diperbaiki untuk memelihara kebajikan anak-anak di pusat Baby Hatch.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 104
Call Number: BP158.C474S534 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125964+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
785.69 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.