Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458366
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosmawati Mohamad Rasit, Dr.-
dc.contributor.authorNur Hikmah Yahya (P91535)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:40Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:40Z-
dc.date.issued15/09/2020-
dc.identifier.otherukmvital:125963-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458366-
dc.descriptionPeningkatan aduan yang dibuat oleh pengguna berkenaan iklan yang mengelirukan semakin meningkat daripada tahun ke tahun. Masalah iklan yang mengelirukan seperti memanipulasikan fakta, berlaku penipuan dalam pengiklanan produk atau perkhidmatan serta penyalahgunaan logo halal membimbangkan pengguna Islam dalam melaksanakan jual beli dan memilih barangan serta perkhidmatan. Hal ini menyebabkan hak sebagai pengguna Islam terabai dan menambahkan kekeliruan kepada pengguna Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek manipulasi fakta dalam iklan, penipuan serta penyalahgunaan logo halal. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes melalui temu bual mendalam sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai enam orang informan yang dipilih sebagai sampel kajian melalui persampelan bertujuan. Kajian ini dianalisis secara tematik menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Hasil kajian mendapati pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek manipulasi fakta terdiri daripada penjelasan kandungan yang tidak jelas, pengeluaran produk atau perkhidmatan yang tidak selamat serta wujudnya nilai eksploitasi. Pengabaian hak pengguna tersebut memberikan mudarat kepada pengguna Islam. Pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek penipuan pula menunjukkan menggunakan testimoni yang tidak jujur dan ditokok tambah tanpa bukti yang sebenar. Manakala pengabaian hak pengguna Islam daripada aspek penyalahgunaan logo halal menunjukkan bahawa pentingnya penggunaan logo halal yang diiktiraf supaya pengguna Islam tidak was-was serta tidak menyalahgunakan terma makanan sunnah untuk menarik pengaruh pengguna Islam. Implikasi kajian ini dapat menjadi panduan kepada bidang industri dan pengguna untuk menitikberatkan hak mereka sebagai pengguna dalam mencapai keselesaan kehidupan.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCommunication in marketing-
dc.subjectMuslims -- Dietary laws-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengabaian hak pengguna Islam dalam paparan iklan di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages95-
dc.identifier.callnoHF5415.123.N837 2020 tesis-
dc.identifier.barcode006391(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125963+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
942.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.