Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458364
Title: Faktor kemurungan dan strategi daya tindak dalam kalangan pesakit di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak
Authors: Nur Ashidah Yahya (P93701)
Supervisor: Fariza Md. Sham, Prof. Dr.
Keywords: Depression
Mental -- Malaysia
Depression
Mental -- Treatment -- Case studies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  18
Description: Kemurungan merupakan isu global yang menjadi topik kajian di Malaysia dan juga di negara-negara lain. Jika masalah kemurungan tidak ditangani lebih awal ia akan membawa kepada kesan yang negatif. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan sama ada berpunca dari dirinya ataupun orang sekeliling. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pesakit, mengenal pasti strategi daya tindak yang digunakan oleh pesakit kemurungan dan mengkaji proses intervensi yang dilakukan terhadap pesakit dalam menangani kemurungan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data kajian menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 14 peserta kajian terdiri daripada pesakit kemurungan dan 3 orang informan yang dipilih secara bertujuan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Data kajian daripada hasil temu bual disusun dan dikodkan mengikut tema daripada hasil transkripsi. Hasil kajian menunjukkan bahawa empat faktor yang mempengaruhi seseorang itu mengalami kemurungan iaitu faktor biologi, faktor psikologi, faktor sosiobudaya dan faktor persekitaran. Kajian ini menemui bahawa faktor biologi yang menyebabkan kemurungan ialah disebabkan faktor genetik, ketidakseimbangan Neurotransmitter dan juga penyakit kronik. Faktor psikologi pula antaranya disebabkan tekanan yang berlebihan, trauma dan pengalaman hidup yang negatif. Manakala faktor sosiobudaya pula disebabkan oleh kehilangan orang yang tersayang dan faktor terakhir menyebabkan kemurungan ialah persekitaran negatif. Dari aspek strategi daya tindak pula, kajian ini menemui tiga strategi daya tindak iaitu konsep kendiri, sokongan sosial dan pendekatan agama. Penghargaan kendiri yang tinggi dapat membantu individu menangani tekanan yang dihadapi dengan baik. Sokongan sosial dari keluarga, rakan-rakan dan majikan dapat membantu meningkatkan konsep kendiri individu dalam menghadapi tekanan kehidupan. Pendekatan agama seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa dilakukan oleh individu untuk pulih. Manakala, dari aspek proses intervensi mendapati empat rawatan yang dilaksanakan di hospital iaitu rawatan biologikal, psikologikal, sosiologikal dan bimbingan agama. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak pengurusan hospital, keluarga dan individu yang mengalami kemurungan dalam mengenal pasti faktor dan simptom kemurungan lebih awal serta mengaplikasi strategi daya tindak yang sesuai dalam menangani permasalahan ini.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 225
Call Number: RC537.N837 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125961+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.