Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458363
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmir Fazlim Yusof, Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Shahir Ridzuan Md Radzi (P81606)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:38Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:38Z-
dc.date.issued23/12/2020-
dc.identifier.otherukmvital:125960-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458363-
dc.descriptionMekanisme bayc al-cinah dan tawarruq munazzam sebagai pembiayaan peribadi Islam telah menjadi pertikaian para sarjana Islam seluruh dunia. Perkara ini berlaku apabila badan-badan berautoriti dalam industri kewangan antarabangsa seperti Islamic Fiqh Academy (OIC) dan Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) memutuskan bahawa instrumen tersebut tidak patuh syariah. Oleh itu, alternatif baru perlu diperkenalkan bagi menyelesaikan isu ketidakpatuhan syariah dalam instrumen yang sedia ada. Kajian ini bertujuan mencadangkan satu model pembiayaan peribadi yang patuh syariah berasaskan konsep bayc al-salam kerana ia terbukti berdaya saing dan patuh syariah dalam pembiayaan yang berasaskan pelaburan dan pertanian. Maka, objektif kajian ini adalah untuk menganalisa konsep bayc al-salam sebagai instrumen yang patuh syariah dalam pembiayaan menurut pandangan para sarjana Islam. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti kesesuaian al-maṣāliḥ al-mursalah sebagai prinsip asas dan parameter akad bayc al-salam sebagai mekanisme dalam pembiayaan peribadi Islam. Tujuan utamanya adalah mencadangkan model pembiayaan peribadi yang patuh syariah berasaskan akad bayc al-salam dengan dasar yang jelas. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menerusi analisis dokumen dan temu bual separa struktur sebagai data sokongan. Pendekatan deskriptif dan deduktif digunakan bagi menganalisis data-data yang terkumpul. Hasil kajian mendapati, model bayc al-salam sebagai instrumen pembiayaan peribadi adalah patuh syariah menurut parameter maṣlaḥah yang digariskan oleh para sarjana Islam. Konsep ini merupakan satu mekanisme patuh syariah yang menggalakkan transaksi sebenar antara pihak yang berkontrak. Ia berupaya menyelesaikan isu tidak patuh syariah dalam bayc al-cinah dan tawarruq munazzam seperti jual beli barangan yang tidak wujud, jual beli bersyarat dan transaksi yang mengandungi unsur kesamaran. Walaubagaimanapun, konsep ini tidak sesuai dipraktikkan buat masa ini dan memerlukan pengubahsuaian serta penambahbaikan kerana mempunyai risiko yang tinggi.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslam -- Economic aspects -- Malaysia-
dc.subjectEconomics -- Religious aspects -- Islam-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleBay' al-salam sebagai alternatif pembiayaan peribadi-
dc.typetheses-
dc.format.pages96-
dc.identifier.barcode006388(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125960+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.