Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458362
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamdi Ishak, Dr.-
dc.contributor.authorNurhayati Syazwani Zulkafli (P91539)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:37Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:37Z-
dc.date.issued31/12/2020-
dc.identifier.otherukmvital:125959-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458362-
dc.descriptionKanak-kanak autisme adalah mereka yang didiagnosis sebagai kecelaruan neurologikal iaitu mengalami gangguan perkembangan dalam otak. Kanak-kanak yang mempunyai sindrom autisme ini boleh dikenal pasti melalui tingkah laku mereka. Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme merupakan perkara biasa yang tidak dapat dikawal oleh mereka. Sekiranya tingkah laku yang dialami oleh kanak-kanak ini tidak ditangani dan didik secara betul ia akan mengganggu aktiviti harian mereka. Justeru kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk-bentuk terapi bunyi bagi mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak autisme dan mengkaji tingkah laku kanak-kanak autisme sebelum diberikan terapi bunyi melalui bacaan surah al-Rahman. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti kesan terapi bunyi melalui bacaan surah al-Rahman terhadap tingkah laku kanak-kanak autisme. Metodologi dalam kajian ini adalah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes menggunakan kaedah pemerhatian yang dilakukan ke atas 14 orang kanak-kanak autisme di Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi (PKIB). Kajian ini juga menggunakan analisis dokumen serta temu bual separa struktur sebagai data sokongan yang dijalankan terhadap guru-guru dan ibu bapa. Data-data yang diperolehi dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan tematik untuk menghuraikan sesuatu fakta dengan lebih sistematik. Hasil kajian mendapati terapi bunyi melalui bacaan surah al-Rahman mengurangkan kekerapan tingkah laku yang dilakukan oleh kanak-kanak autisme seperti tingkah laku menggoyangkan kaki, mengajuk percakapan orang lain, menggoyangkan badan, tidak duduk diam dan memandang tempat lain. Kajian ini mempunyai implikasi kepada guru dan ibu bapa agar menjadikan terapi bunyi melalui bacaan surah al-Rahman sebagai kaedah utama dalam menangani masalah tingkah laku kanak-kanak autisme. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar modul khas berkaitan dengan kaedah terapi bunyi melalui bacaan surah al-Rahman dibangunkan untuk dijadikan panduan kepada sekolah-sekolah pendidikan khas bagi menangani masalah tingkah laku kanak-kanak autisme.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSound -- Therapeutic use-
dc.subjectQuranic recitations-
dc.subjectAutism in children -- Treatment-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKesan terapi bunyi melalui bacaan surah al-Rahman terhadap tingkah laku kanak-kanak autisme di Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi (PKIB)-
dc.typetheses-
dc.format.pages135-
dc.identifier.callnoRZ999.N847 2020 tesis-
dc.identifier.barcode006387(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125959+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.