Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458360
Title: Faktor-faktor kejayaan usahawan asnaf ikon Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Authors: Zuriyati Yaakub (P88592)
Supervisor: Nurul Ilyana Muhd Adnan, Dr.
Keywords: Usahawan -- Melaka
Asnaf -- Melaka
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  3
Description: Menjadikan golongan asnaf sebagai usahawan yang mampu berdikari dan berjaya merupakan salah satu usaha kehadapan institusi zakat di Malaysia. Melaka merupakan salah satu negeri yang telah melakukan anjakan paradigma tersebut sehingga lahirnya 'Ikon Usahawan Asnaf MAIM'. Masalah modal adalah masalah utama dalam memula dan mengembangkan perniagaan. Perkara ini cuba diatasi oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui bantuan modal zakat. Namun keberkesanannya dikatakan masih di tahap yang rendah sehingga ada perancangan untuk membekukan bantuan modal tersebut. Apakah tindakan ini wajar dan tepat? Kerana dalam kalangan ikon asnaf tersebut ada yang berjaya. Perlu dikenalpasti faktor-faktor kejayaan mereka yang boleh diterap dan diperbaiki dalam menjayakan program ini. Oleh itu, objektif kajian ini untuk menganalisis tahap kejayaan ikon usahawan asnaf dalam program tersebut. Seterusnya mengkaji faktor-faktor sebenar kejayaan ikon usahawan asnaf MAIM berdasarkan faktor dalaman dan luaran melalui teori al-falah yang disesuaikan dengan kajian ini. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Analisis kandungan secara deskriptif tematik digunakan untuk menganalisis dapatan temubual secara mendalam terhadap ikon usahawan asnaf MAIM. Hasil kajian mendapati daripada 20 orang asnaf yang terlibat sebagai usahawan, hanya 15% sahaja yang telah berjaya. Manakala 45% usahawan masih mengharapkan bantuan dan sokongan daripada MAIM. Selebihnya 40% adalah asnaf yang gagal dalam mengusahakan perniagaan mereka. Kajian mendapati faktor luaran yang paling utama menentukan kejayaan ialah faktor modal, diikuti faktor ilmu pengetahuan, faktor pemantaun dari pihak MAIM dan terakhir ialah bantuan dan sokongan keluarga dan rakan. Manakala faktor dalaman yang paling dominan ialah amalan suka bersedekah, menjaga solat lima waktu dan sering mengamalkan puasa sunat selain sikap dan minat yang mendalam terhadap perniagaan. Melalui kajian jelas menunjukkan bantuan modal amat penting kepada kejayaan ikon usahawan asnaf. Oleh itu kajian mencadangkan agar bantuan kewangan diteruskan. Tidak wajar ia dibekukan oleh pihak MAIM kerana ia faktor utama kejayaan program ini. Sebalikya pihak MAIM perlu memperkemaskan faktor lain yang terbukti berkait langsung dengan kejayaan di samping melihat model-model pembangunan usahawan asnaf di negeri lain yang telah berjaya seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 172
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125605+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.