Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458356
Title: Analisis bab korban dan sembelihan dalam al-kifayah karangan 'Abd Al-Malik bin 'Abdullah
Authors: Sahara Ali (P78881)
Supervisor: Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Korban
'Abd Al-Malik 'Abdullah -- Ulama
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  13
Description: 'Abd al-Mālik bin 'Abdullāh merupakan seorang ulama pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18 Masihi. Salah satu karya fiqhnya berbentuk manuskrip berjudul al-Kifāyah. Manuskrip ini belum pernah diterbitkan dan tidak dikenali oleh masyarakat sekarang. Sambutan perayaan Īd al-Adha dilakukan setiap tahun dan sinonim dikenali sebagai ibadat korban yang diiringi dengan sembelihan serta diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Namun, masyarakat kini kurang diberi pendedahan mengenai ibadat korban malah ada yang tidak memahami mengenainya sehingga terdapat salah faham berkenaan ibadat ini, dan segelintirnya tidak mahir dalam proses penyembelihan binatang. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji keperibadian 'Abd al-Mālik bin 'Abdullāh, dan menganalisis pandangan beliau dalam bab ibadat korban dan sembelihan menerusi manuskrip al-Kifāyah, serta membandingkannya dengan pandangan empat mazhab iaitu mazhab Hanafi, Shāfiᶜi, Māliki dan Hanbali. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data biografi, arkib, dan dokumentasi pensejarahan melalui manuskrip. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif, deduktif dan komparatif. Kajian ini mendapati 'Abd al-Mālik bin 'Abdullāh merupakan seorang tokoh ulama dari Semenanjung Tanah Melayu yang pertama mengarang kitab fiqh dan pernah ke negara Arab. Dalam al-Kifāyah hukum ibadat korban adalah sunat mu'akkad yang sependapat dengan mazhab Shāfiᶜi, Māliki dan Hanbali. Namun sebaliknya, pendapat daripada mazhab Hanafi menyatakan hukumnya wajib. Penyembelihan binatang dengan memutuskan halkum dan mari' menurut 'Abd al-Mālik, mazhab Shāfiᶜi dan Hanbali. Manakala mazhab Hanafi dan Māliki berpendapat empat saluran urat iaitu halkum, mari' dan dua urat darah di kiri dan kanan halkum. Kajian ini penting supaya masyarakat Islam mengetahui kaedah sembelihan yang sebetulnya mengikut syarak. Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan ilmu kepada badan yang terlibat di Malaysia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai kepentingan ibadat korban dan sembelihan menerusi manuskrip tokoh ini dan menerbit semula manuskrip ini untuk menjadi warisan ilmu kepada masyarakat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 158
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125599+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.