Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458352
Title: Pemikiran dan respon Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap isu keagamaan masyarakat non-Muslim di Malaysia
Authors: Mohd Muslim Amerruddin Khalil (P78736)
Supervisor: Farid Mat Zain, Dr.
Keywords: Non-Muslim -- Malaysia
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  24
Description: Masyarakat di Malaysia terdiri daripada latar belakang pelbagai kaum dan agama. Jika tidak ditangani dengan baik ia akan membawa kepada pelbagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara. Era pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula pada tahun 1990 hingga 2013 sebagai Menteri Besar Kelantan menyaksikan timbul pelbagai isu antara agama dalam masyarakat. Ia memberi cabaran kepada Tuan Guru dalam memimpin negeri khususnya dalam menjayakan agenda perpaduan tanpa mengira kaum dan agama. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut timbul persoalan tentang bagaimanakah pemikiran dan sikap Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Terhadap masyarakat non-Muslim. Kajian ini membincangkan tentang pemikiran dan respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931M-2015M) terhadap isu keagamaan masyarakat non-Muslim di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pemikiran beliau terhadap masyarakat non-Muslim dan menganalisis respons beliau terhadap isu keagamaan yang melibatkan non-Muslim di Malaysia. Metode yang digunakan dalam penganalisaan kajian ini adalah melibatkan kajian perpustakaan yang menggunakan metode pengumpulan data dan dokumentasi yang dirujuk ke atas sumber-sumber primer dan sekunder. Data-data ini dianalisis menggunakan kaedah pendekatan induktif dan deduktif. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa beliau mempunyai gagasan pemikiran yang praktikal dan bersifat kontemporari. Kajian ini juga mendapati respons beliau terhadap isu keagamaan bersifat lebih terbuka, sederhana dan bertoleransi dalam membina hubungan melibatkan isu keagamaan terhadap masyarakat non-Muslim di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 88
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125573+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.