Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458350
Title: Model tadbir urus negara berteraskan pentadbiran Nabi Muhammad SAW
Authors: Lukman Ibrahim (P85717)
Supervisor: Ermy Azziaty Rozali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pentadbiran Islam
Tadbir urus
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  30
Description: Pentadbiran dan pengurusan merupakan sistem tadbir urus yang wujud dalam sesebuah organisasi. Kemampuan tadbir urus yang baik bergantung kepada kecekapan dalam pengurusan hal ehwal pentadbiran dan juga modal insan. Aspek pentadbiran dan pengurusan berasaskan Islam merupakan perbincangan yang penting dalam kajian ini jika dibandingkan dengan konvensional. Antara pentadbiran Islam yang gemilang yang sesuai dijadikan panduan adalah pentadbiran yang dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW ketika keberadaan baginda di Madinah. Dasar dan proses yang dilaksanakan dalam tadbir urus baginda berjaya membentuk sebuah negara yang harmoni dan stabil. Oleh itu, perkara yang perlu diteliti adalah bagaimana perlaksanaan berkenaan dilakukan oleh baginda selepas penggubalan Perlembagaan di Madinah. Kajian ini membincang, menganalisis dan merangka satu model pentadbiran cemerlang berteraskan pentadbiran yang di praktiskan oleh baginda semasa di Madinah. Metode kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu menerusi pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan. Data diperolehi melalui analisis kandungan yang berdasarkan sumber primer dan sekunder, terutama yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW dan tadbir urus. Analisis dilakukan dengan menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Hasil kajian mendapati bahawa tadbir urus yang dijalankan oleh baginda adalah relevan untuk dijadikan pegangan pada masa kini. Kajian ini juga dapat dirumuskan bahawa tiga amalan mahupun pendekatan yang boleh diambil sebagai panduan seperti memperkasakan agama dengan menekankan aspek aqidah dan akhlak masyarakat, mengawasi perjalankan tadbir urus dengan memperkemaskan institusi Hisbah, dan mencapai kata sepakat menerusi sistem Syura yang betul. Ketiga-tiga elemen ini merupakan nadi kepada pentadbiran dan pengurusan secara menyeluruh dalam setiap organisasi. Oleh hal yang demikian, diharapkan implikasi kajian ini menjadi titik permulaan kepada masyarakat dan pemimpin dalam memperkasakan pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi yang lebih efisyen dan mesra rakyat pada masa akan datang.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 158
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125564+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.