Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458349
Title: Penggunaan media baharu dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya
Authors: Nazirah Abu Bakar (P77239)
Supervisor: Muhammad Faisal Ashari, Dr.
Keywords: Digital media -- Religious aspects -- Islam
Digital media -- Malaysia -- Case studies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  21
Description: Media baharu kini semakin menjadi tumpuan untuk mendapatkan mesej yang telus dan benar. Penggunaannya semakin meningkat saban hari. Dengan tujuan yang pelbagai, komunikasi sesama pengguna di media baharu melebar luas dari tujuan penyampaian perkhidmatan, perniagaan, perkongsian pandangan, gambar, video dan sebagainya. Sejauh manakah penggunaan medium ini memberikan kesan terhadap cara berfikir, emosi dan tindakan pengguna media baharu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan media baharu dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku dalam kalangan penjawat awam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi kajian ini. Seramai 299 orang telah menjawab soal selidik yang dipilih secara rawak dalam kalangan penjawat awam. Dapatan kajian menunjukkan media baharu memberikan kesan pada tahap sederhana tinggi terhadap penggguna dari sudut emosi, kognitif dan tingkah laku. Hasil kajian turut menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan signifikan terhadap kumpulan perkhidmatan. Implikasi dari kajian ini diharap dapat memberikan sumbangan yang signifikan ke arah usaha kerajaan khususnya institusi agama untuk mempertingkatkan kesahihan maklumat dan menyekat penyebaran fakta-fakta palsu berkaitan Islam khususnya di media sosial.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 111
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125562+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.