Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458348
Title: Bisnes runcit kasut terpakai patuh syariah
Authors: Muhammad Izzat Razali (P78748)
Supervisor: Zamzuri Zakaria, Dr.
Keywords: Business -- Religious aspects -- Islam
Economic -- Religious aspect -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  18
Description: Aktiviti perniagaan jual beli kasut terpakai kini menjadi trend kepada masyarakat seluruh dunia termasuklah Malaysia. Namun didapati masih terdapat beberapa aktiviti dalam amalan perniagaan kasut terpakai yang tidak selari dengan muamalat Islam seperti kualiti kasut terpakai yang tidak jelas keadaannya, penipuan terhadap jual beli kasut terpakai, material kasut terpakai yang terdapat elemen haram dan cara serahan kasut terpakai setelah dibeli secara runcit atau borong. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis elemen yang tidak selaras atau bercanggah dengan muamalat Islam dalam amalan jual beli kasut terpakai di peringkat runcit. Kajian seterusnnya akan mencadangkan bisnes kasut terpakai patuh syarak. Bagi mendapatkan hasil, kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes melalui pemerhatian turut serta dan analisa kandungan. Data dikumpulkan melalui tinjauan dengan membuat catatan nota, mengambil gambar serta membuat rakaman video terhadap setiap proses urusniaga kasut terpakai berlangsung. Setelah mengumpul data, pengkaji menganalisis dengan menulis semula data yang diperoleh bagi memberi gambaran terhadap fenomena yang dikaji dan dihuraikan secara terperinci melalui hujah daripada buku, jurnal serta dokumen kepustakaan yang lainnya. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat elemen yang bercanggah dengan muamalat Islam iaitu kasut terpakai bercampur antara halal dan haram, barang yang dibeli berbeza dengan deskripsi, wujud unsur penipuan mengenai gred barang dan berlaku perubahan kasut selepas dibeli. Kajian mencadangkan bisnes kasut terpakai diperingkat peruncit dan pemborong mestilah memenuhi rukun dan syarat dalam jual beli jizaf. Manakala di peringkat peruncit dengan pengguna perlu memenuhi rukun dan syarat bay' muzāyadah, selain konsep jual beli salam dan khiyar merangkumi khiyar majlis, khiyar cayb dan rukyah. Kajian ini memberi implikasi yang baik terhadap peniaga yang menceburi bisnes kasut terpakai dan kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat memahami dengan jelas mengenai urusniaga kasut terpakai patuh syarak.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 107
Call Number: HF5388.M845 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125561+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.