Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458347
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zainab Ismail, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Hielda Noviyanty (P91764) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:26Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:26Z | - |
dc.date.issued | 07/03/2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125560 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458347 | - |
dc.description | Terdapat pelbagai psikoterapi yang telah diaplikasikan kepada penagih dadah sebagai rawatan pemulihan. Namun, hingga kini masalah penagihan berulang masih berlaku dalam kalangan penagih dadah. Oleh kerana itu, psikoterapi spiritual telah menjadi model baharu dalam kaunseling pemulihan penagih dadah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti identiti penagih dadah, mengkaji metode psikoterapi spiritual terhadap penagih dadah, menganalisis pendekatan psikoterapi spiritual terhadap penagih dadah dan membina model psikoterapi spiritual dalam kaunseling pemulihan penagih dadah. Kajian ini merupakan kajian kes yang dilakukan di Padepokan As Syifa Bogor. Seramai dua orang remaja dan tiga orang dewasa dipilih sebagai peserta kajian. Mereka dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan. Seorang pengasas Padepokan As Syifa Bogor juga dipilih sebagai informan. Data dikumpul melalui temubual dan pemerhatian. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan analisis deskriptif, tematik, dan naratif. Hasil kajian ini menunjukkan penagih dadah di Padepokan As Syifa Bogor terdiri daripada pelajar, pekerja dan suri rumah tangga yang berumur antara 20 – 32 tahun, mendapat pendidikan Sekolah Menengah Atas dan Universiti serta berpengalaman sebagai penagih dadah antara 3 – 16 tahun. Metode psikoterapi spiritual untuk penagih dadah dalam kajian ini ialah mandi taubat, solat taubat, zikir dan terapi ruqyah. Terdapat empat pendekatan psikoterapi spiritual yang diaplikasikan kepada penagih dadah iaitu taharah (membersihkan diri), takhalli (pengosongan diri), tahalli (pengisian diri) dan perawatan ruqyah (perawatan menggunakan al-Quran dan al- Sunnah). Keempat-empat domain ini perlu diukur melalui empat dimensi iaitu taharah, takhalli, tahalli dan perawatan ruqyah. Keempat-empat pendekatan dan dimensi psikoterapi spiritual dalam kaunseling pemulihan penagih dadah ini memerlukan kompetensi dalam kalangan kaunselor khususnya dari segi pengetahuan, kemahiran dan kesabaran.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Psychology -- Religious aspects -- Islam | |
dc.subject | Drug addicts | |
dc.subject | Counseling -- Religious aspects -- Islam | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pendekatan psikoterapi spiritual dalam kaunseling pemulihan penagih dadah di Papdepokan As Syifa Bogor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 158 | |
dc.identifier.callno | BP134.P747.H54 2020 | |
dc.identifier.barcode | 006338(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125560+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.