Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458345
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Ghafar Don, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Ismail Naim Abdullah (P94029) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:25Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:25Z | - |
dc.date.issued | 16/12/2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125559 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458345 | - |
dc.description | Pendakwah merupakan golongan yang berperanan penting dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat. Hal ini kerana mereka antara insan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT untuk memakmurkan agama di muka bumi ini. Antara permasalahan yang telah dihadapi oleh pendakwah masa kini iaitu seperti kekurangan persiapan pendakwah dalam aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan konsep pengetahuan dan kemahiran pendakwah bagi tujuan aplikasi terhadap masyarakat Orang Asli. metodologi kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif dengan soal selidik menjadi instrumen kajian. Seramai 53 responden telah dipilih sebagai sampel kajian. Data-data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 23. 0. Analisis aspek pengetahuan adalah berdasarkan model al-Thaqafat al-Daciyyah al-Qaradawi. Manakala aspek kemahiran adalah bermodelkan prinsip metodologi dakwah dalam surah al-Nahl ayat 125. Hasil kajian mendapati pengetahuan dan kemahiran pendakwah merupakan aspek penting sebagai persediaan sebelum berdakwah. Skor min untuk pengetahuan dan kemahiran pendakwah juga berada pada tahap tinggi iaitu (4.377). Ini menunjukkan pendakwah memerlukan persiapan yang rapi sebelum berdakwah. Daripada kajian yang diperolehi terdapat beberapa konsep pengetahuan yang perlu diterapkan kepada pendakwah masa kini iaitu seperti pengetahuan al Thaqafat al-Islamiyyah (pengetahuan Islam), al Thaqafat al-Tarikhiyyah (sejarah), al Thaqafat al-Adab wa al- Lughawiyyah (bahasa dan kesusasteraan), al Thaqafat al- Insaniyyah (ilmu kemanusiaan), al Thaqafat al-clmiyyah (sains) dan al Thaqafat al-Waqicyyah (berteraskan realiti semasa). Bagi kemahiran pula, kemahiran komunikasi, memberi nasihat dan kemahiran hidup. Implikasi daripada kajian ini adalah dapat mengetengahkan kepada pendakwah akan kepentingan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang harus dimiliki oleh pendakwah sebelum proses menyampaikan Islam terhadap masyarakat. Oleh itu, kajian ini sangat bertepatan dengan konteks dakwah semasa khususnya komuniti Asli.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Islam -- Missions | |
dc.subject | Indigenous peoples | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Persiapan penggerak masyarakat orang asli (PMOA) dalam aspek pengetahuan dan kemahiran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 145 | |
dc.identifier.callno | BP170.85.I864 2020 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006337(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125559+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.52 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.