Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458342
Title: | Kecenderungan pentafsiran ayat mutashabihat oleh Imam Abdul Rauf Al-Singkeli dalam tarjuman al-mustafid |
Authors: | Norsyafiaah Thoifur (P83667) |
Supervisor: | Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr. |
Keywords: | Qu'ran as literature Qu'ran Language style Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21 |
Description: | Ayat-ayat Mutashabihat adalah ayat yang mengandungi pengertian yang tidak jelas, tersembunyi dan tidak mudah difahami. Terdapat dua kaedah pentafsiran yang masyhur bagi memahami ayat-ayat tersebut iaitu kaedah tafwid ulama Salaf dan kaedah ta'wil ulama Khalaf. Kemunculan kitab Tarjuman al-Mustafid iaitu kitab Tafsir Melayu pertama di Nusantara yang dikarang oleh Syeikh Abdul Rauf al-Singkeli memberikan impak terhadap umat Islam. Pentafsiran terhadap ayat-ayat Mutashabihat tidak banyak dibahaskan secara panjang lebar di dalam kitab ini. Bahkan terdapat pengkaji yang tidak menjumpai perbincangan terhadap ayat-ayat ini. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah menganalisis kecenderungan pentafsiran ayat-ayat Mutashabihat sifat Allah SWT oleh Imam Abdul Rauf al-Singkeli dalam Tarjuman al-Mustafid yang merangkumi kajian metode pentafsirannya. Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen. Data kajian seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati kecenderungan pentafsiran ayat-ayat Mutashabihat dalam kitab Tarjuman al-Mustafid adalah berdasarkan kaedah ta'wil ulama Khalaf. Kaedah tafwid ulama Salaf pula hanya digunakan pada sebilangan kecil ayat-ayat Mutashabihat sahaja. Kajian ini mempunyai kepentingan kepada masyarakat khususnya para sarjana dalam memahami isi kandungan tafsir melayu pertama di Nusantara sekaligus menjadi rujukan dan pengkalan data bagi pengkaji di masa akan datang.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 95 |
Call Number: | BP131.8.N637 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125555+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.76 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.