Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458341
Title: Pembaharuan undang-undang penahanan reman bagi suspek kesalahan jenayah syariah di Malaysia
Authors: Fathin Shahirah Abd Rahim (P93023)
Supervisor: Wafaa' Yusof, Dr.
Keywords: Jenayah Syariah -- Malaysia
Tahanan reman
Undang-undang -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  30
Description: Lakuna berkaitan peruntukan penahanan reman dan tatacara siasatan bukanlah merupakan satu perkara yang baru. Hal ini kerana ETJS sama sekali tidak memperuntukkan peruntukan yang khusus mengenai penahanan melebihi 24 jam dan kebolehterimaan pernyataan suspek. Ketiadaan peruntukan yang jelas membuka ruangan kepada pelbagai interpretasi undang-undang dan amalan dalam kalangan penguatkuasa agama. Keadaan ini menyebabkan ketidakaturan dalam prosiding jenayah dan ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Sementara dari sudut syariat Islam, amalan penahanan ini menjadi perbahasan dalam kalangan fuqaha. Oleh itu, objektif utama kajian adalah mengkaji justifikasi keperluan penahanan reman dalam ETJS menurut Islam serta membandingkannya dengan perundangan Sivil. Kajian juga bertujuan untuk mengkaji status kebolehterimaan pernyataan tertuduh semasa proses siasatan, amalan penguatkuasaan tatacara terbabit oleh PPA dan ketidakaturan tatacara yang berlaku. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif. Pengumpulan data melalui analisis dokumen dan temubual separa struktur terhadap lima orang Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA), enam orang pensyarah pakar bidang dan seorang panel dan penasihat undang-undang Syariah dilakukan. Kawasan kajian melibatkan negeri Selangor, Kedah dan Perak. Hasil kajian mendapati penahanan melebihi 24 jam perlu dikuatkuasakan dan undang-undang yang jelas sebagaimana seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sewajarnya diperuntukkan dalam ETJS. Selain itu, status kebolehterimaan tertuduh sebagai satu keterangan dalam mahkamah seperti yang termaktub dalam seksyen 60 ETJS memerlukan sedikit pindaan. Majoriti informan bersetuju pernyataan suspek boleh diterima sebagai suatu keterangan yang menyokong (collaborative evidence) sekaligus berkait rapat dengan seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (EKMS). Sementara ketakteraturan yang berlaku kesan dari ketiadaan atau kesamaran peruntukan undang-undang ini, walaupun boleh dipulihkan oleh seksyen 207 ETJS apabila berlaku ketidakadilan kepada pihak terbabit, hakikatnya membuka lebih banyak ruangan kepada budibicara PPA yang akhirnya menyebab ketidakselarasan tindakan. Kajian penting dalam usaha menampung lakuna yang wujud dalam ETJS dan membantu pengamal undang-undang untuk melaksana serta menguatkuasakan undang-undang dengan lebih baik dan efisien.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 180
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458341
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125429+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.