Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458338
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Hajar Sopia Amran (P81804) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:21Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:21Z | - |
dc.date.issued | 10/02/2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125425 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458338 | - |
dc.description | Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Antara kandungannya ialah menjamin prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan termasuklah dari aspek agama, kaum, bangsa dan sosial masyarakat. Selain itu, ia turut menjamin hak asasi manusia yang terletak di Bahagian II di dalam perlembagaan. Ia merangkumi hak kesamarataan, hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama yang bertindak sebagai mekanisme pelindung kepada masyarakat. Isu-isu hak asasi yang diperjuangkan seperti isu kesamarataan gender, kaum dan bangsa, isu kebebasan bersuara dan isu kebebasan beragama mestilah berada dalam skop yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Bertepatan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap hak asasi manusia meliputi hak kesamarataan, hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan beragama serta isu-isu hak asasi yang ada di Malaysia. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah persampelan secara bertujuan digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 313 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa UKM. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Kaedah statistik deskriptif yang digunakan adalah frekuensi, peratus, min dan tahap. Hasil kajian mendapati persepsi mahasiswa terhadap hak asasi manusia (m=4.46) berada pada tahap yang tinggi. Manakala kaedah statistik inferens yang digunakan adalah korelasi Spearman rho. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang sederhana di antara persepsi mahasiswa terhadap hak asasi manusia dengan persepsi mahasiswa terhadap isu-isu hak asasi (r=0.536, n=313, p=<.05). Kajian ini diharap dapat menjelaskan kepentingan kefahaman terhadap hak asasi manusia secara mendalam seterusnya melaksanakan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dan berpegang teguh kepadanya.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hak asasi manusia -- Malaysia | |
dc.subject | Kebebasan bersuara | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Persepsi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap hak asasi manusia di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 116 | |
dc.identifier.barcode | 006330(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125425+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.