Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458334
Title: Pendekatan ibubapa muslim dalam pendidikan seksual terhadap kanak-kanak autisme di Akedemi Faqeh dan Anjung Kasih
Authors: Naemah Ahmad Ghafar (P87372)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Pendidikan seksual
Autisme
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  7
Description: Autisme ialah gangguan tumbesaran seseorang individu dalam jangka masa yang panjang. Ianya juga memberi kesan terhadap pemikiran dan proses penerimaan maklumat kanak-kanak. Individu autisme ini juga dikatakan sebagai individu neuro-developmental disorder iaitu mengalami kecelaruan dalam perkembangan otak. Golongan autisme ini mengalami gangguan daripada segi sosial, tingkahlaku, komunikasi dan emosi. Gejala seksual merupakan satu perkara yang semakin membimbangkan, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat umum bahkan melibatkan golongan istimewa seperti anak autisme. Oleh itu, bimbingan dan keprihatinan ibu bapa sangat digalakkan terhadap anak-anak khususnya anak autisme. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji kefahaman dan pengetahuan ibu bapa kanak-kanak autisme tentang pendidikan seksual menurut al-Quran. Selain itu, kajian ini juga mengkaji teknik pengajaran yang dilaksanakan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak autisme dan menganalisa pendekatan amalan ibu bapa terhadap pendidikan seksual menurut al-Quran. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bersama ibu bapa kanak-kanak autisme di Akademi Faqeh dan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi (PKIB). Lima orang responden daripada ibu bapa kanak-kanak autisme di Akademi Faqeh dan dua orang responden ibu bapa kanak-kanak autisme daripada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi (PKIB). Hasil kajian mendapati bahawa kefahaman ibu bapa terhadap pendidikan seksual ialah baik, namun perlu ditingkatkan lagi kefahaman ibu bapa seperti didikan adab dan aurat, penggunaan metode didikan seiring dengan era global teknologi kini, dan bilangan kekerapan amalan yang perlu dilaksanakan serta mempelajarinya agar penyampaian ilmu tersebut dapat difahami dan dipraktikkan oleh kanak-kanak autisme. Implikasinya, semua pihak seperti agensi kerajaan, swasta, ibu bapa dan ahli keluarga mempunyai peranan yang penting dalam membantu menangani masalah dan mempertingkatkan pengetahuan terhadap ibu bapa anak autisme dan kanak-kanak autisme.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 166
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125418+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.