Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458332
Title: Konsep ahimsa Mahatma Gandhi (1869-1948) dari perspektif tokoh-tokoh hindu di Malaysia
Authors: Zulkeffly Adimun (P87159)
Supervisor: Indriaty Ismail , Dr.
Keywords: Konsep ahimsa Mahatma Gandhi
Tokoh-tokoh hindu
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic – Malaysia
Issue Date:  8
Description: Kekerasan dan keganasan suatu perkara yang ingin dielakkan oleh semua pihak. Sebagai cara mengatasinya, konsep tanpa kekerasan menjadi pilihan untuk mendapatkan semula hak-hak yang digugat oleh pihak yang menindas. Terdapat pandangan yang berbeza berkenaan asal usul konsep tanpa kekerasan. Pada ketika ini, nama Gandhi amat sinonim dengan konsep tanpa kekerasan atau ahimsa. Kajian ini menyingkap ahimsa di India dan meneliti konsep ahimsa Mahatma Gandhi. Seterusnya kajian dilakukan untuk menilai pandangan tokoh-tokoh Hindu di Malaysia berkenaan Gandhi dan konsep ahimsanya. Metodologi yang digunakan ialah kualitatif yang memfokuskan kepada kajian perpustakaan dan temubual responden. Bentuk soalan adalah berstruktur dan tidak berstruktur. Temubual melibatkan seramai tujuh orang responden seperti pengerusi Pertubuhan Hindu Sangam dan lain-lain. Penganalisaan data dibentangkan secara deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan tiga dapatan utama iaitu semua tokoh bersetuju untuk mentakrifkan ahimsa sebagaimana yang difahami Gandhi. Kedua, ahimsa bukanlah konsep asal dalam agama Hindu. Ia telah berkembang dari satu istilah yang ringkas kepada konsep utama dalam amalan penganut Hindu. Ketiga, semua tokoh menerima konsep ahimsa Gandhi jika pengamalan dibuat secara individu. Namun mereka berbeza pendapat berkenaan demontrasi atau perhimpunan aman terhadap pemerintah. Kajian ini menyimpulkan bahawa makna asal ahimsa tidak digunapakai dalam penggunaan masa kini. Pemahaman dan pengamalannya banyak dilatarbelakangkan pengalaman seseorang sebagaimana Gandhi. Implikasi kajian ini ialah konsep ini secara umumnya tidak bertentangan dengan nilai-nilai murni yang telah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Pengamalan nilai ahimsa di negara ini perlu disesuaikan agar tidak bertentangan dengan semangat perlembagaan negara ini.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 103
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125413+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
778.69 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.