Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458327
Title: Amalan pembelajaran dan pemudahcaraan tilawah al-Qur'an abad ke-21 dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah negeri Melaka
Authors: Mohd Zabani Jalil (P96946)
Supervisor: Ashraf Hj. Ismail, Dr.
Keywords: Tilawah al-Qur'an -- Pengajaran dan pembelajaran -- Melaka
Guru -- Melaka
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  24
Description: Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Tilawah al-Quran abad ke-21 sangat penting untuk dikuasai Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam memastikan pembelajaran Tilawah al-Qur'an tidak jauh ketinggalan dan seiring dengan zaman. Amalan ini merangkumi peranan GPI dalam memudah cara dan menerapkan elemen Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam Tilawah al-Qur'an. Namun, amalan ini dilihat kurang dipraktikkan GPI dan masih belum mencapai standard yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru kajian ini dijalankan untuk meneroka lebih mendalam tentang perlaksanaan amalan PdPc Tilawah al-Qur'an abad ke-21 dengan memfokuskan amalan pemudahcaraan GPI dan penerapan elemen-elemen PAK-21 dalam pembelajaran Tilawah al-Qur'an. Aplikasi PAK-21 turut dibincangkan kerana ia penting untuk meneliti pelaksanaannya dalam proses pembelajaran Tilawah al-Qur'an. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Seramai empat orang GPI yang terdiri daripada dua orang guru cemerlang dan dua orang guru inovasi telah dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian berstruktur terhadap proses PdPc dan analisis dokumen sebelum disusun menggunakan perisian Nvivo versi 12. Setelah itu, data dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti bentuk amalan GPI dalam memudah cara, menerap dan mengaplikasikan elemen PAK-21 dalam PdPc Tilawah al-Qur'an. Secara keseluruhannya mendapati GPI melaksanakan lima amalan pemudahcaraan dalam pembelajaran Tilawah al-Qur'an iaitu merancang, mengawal, membimbing, mendorong dan menilai seperti yang disarankan KPM menerusi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2) serta mampu menerapkan lima elemen PAK-21 seperti komunikasi, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis serta aplikasi nilai dan etika sepanjang proses pembelajaran Tilawah al-Qur'an. Selain itu, GPI juga didapati mengaplikasikan PAK-21 dalam PdPc Tilawah al-Qur'an menerusi empat aspek iaitu penentuan objektif dan kriteria kejayaan, pendekatan berpusatkan murid, pelaksanaan aktiviti PAK-21 dan penggunaan sumber pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hasil kajian telah mencadangkan tiga model amalan PdPc Tilawah al-Qur'an abad ke-21 iaitu model amalan pemudahcaraan Tilawah al-Qur'an, model penerapan elemen PAK-21 dan model aplikasi PAK-21 sebagai panduan kepada GPI dalam menambahbaik kualiti amalan PdPc Tilawah al-Qur'an bagi melahirkan generasi alpha yang celik al-Qur'an di abad ke-21 ini.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 450
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458327
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125398+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
636.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.