Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458325
Title: Kedudukan hadith-hadith dalam Risalah Tarekat Naqshabandiyyah Jalan Makrifat siri pertama : satu kajian penelitian
Authors: Mamnun Barizi Abdul Kafi (P40801)
Supervisor: Mohd. Akil Muhamed Ali
Keywords: Hadith
Tarekat
Tarekat Naqshabandiyyah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  30
Description: Kitab jawi tentang tasawuf dan tarekat yang bertajuk Risalah Tarekat Naqshabandiyyah Jalan Makrifat ialah kitab yang ditulis oleh Sheikh Yahya bin Laksaman al-Khalidi (1910- 1989 M), seorang mursyid tarekat Naqshabandiyyah daripada Sumatera. Kitab yang terdiri dari enam siri itu, siri pertamanya mengandungi 50 hadith. Walaupun kitab ini sebahagian besarnya tidak dinyatakan sumber dan kedudukan hadith-hadithnya namun dibaca secara meluas oleh masyarakat Islam, terutamanya ahli tarekat yang tersebar di beberapa kawasan seperti di Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera bahkan di Brunai Darussalam selepas pengarang kitab tersebut meninggal. Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui metodologi pengarang dalam menukil hadith, mengkaji sumber pangambilan hadith dan menganalisis kedudukan hadith yang terdapat di dalamnya. Kajian ini adalah kajian kepustakaan dimana setiap hadith dalam kitab tersebut dianalisis satu persatu berdasarkan kaedah takhrij untuk menentukan sumber asal dan hukum hadith. Semua hadith dirujuk berdasarkan daripada kitab-kitab muktabar seperti Kutub al-Sittah, Kutub al-Tis'ah, kitab-kitab takhrij dan Ulum al-hadith. Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara diskriptif untuk memperoleh hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa daripada 44 hadith yang diteliti hanya empat hadith merujuk kepada kitab Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim. Pengarang tidak membuat catatan terperinci, namun menterjemahkan sendiri dalam bahasa Melayu keseluruhan hadith yang dinukil. Daripada 44 hadith yang dikaji, 11 hadith sahih (25%), tujuh hadith hasan (15.90 %), tiga hadith hasan lighayrih (6.80 %), sebelas hadith daif (25 %), satu hadith daif jiddan (2.27 %), dan sebelas hadith mawdu (25 %). Kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji bidang hadith dan masyarakat Islam khasnya ahli tarekat agar lebih teliti dan berhati-hati dalam berinteraksi dengan hadith, agar kesuciannya tetap terpelihara. Kajian ini juga memberi sumbangan ilmu bidang kajian hadith dan sumbangan kepada pihak berkuasa yang memantau penggunaan hadith oleh kumpulan ahli tarekat seperti JAIS, MAIS mahupun JAKIM.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 193
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125394+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.