Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458323
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Khairunnisa Ah Kabri (P78790) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:11Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:11Z | - |
dc.date.issued | 13/05/2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125392 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458323 | - |
dc.description | Kecenderungan bermaksud kesukaan iaitu keinginan atau kemahuan seseorang terhadap sesuatu perkara. Kecenderungan seseorang terhadap sesuatu perkara menjadikan mereka sentiasa memikirkan atau menghantui fikiran seseorang tentang sesuatu perkara yang mereka suka atau minat. Masalah wanita bekerjaya berkecenderungan terhadap drama televisyen membuatkan wanita memikirkan tentang drama kegemaran mereka. Hal ini kerana, mereka menggemari drama tersebut. Kecenderungan terhadap drama televisyen ini kebiasaannya bermula dengan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi wanita meminati dengan sesebuah drama. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi wanita cenderung terhadap drama televisyen. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesan-kesan yang berlaku ke atas wanita yang berkecenderungan terhadap drama. Selain itu, kajian ini turut mendatangkan penyelesaian berdasarkan Al-Quran dan hadith bagi menangani masalah tersebut. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif berbentuk deskriptif yang bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai pemboleh-pembolehubah dengan menggunakan soal selidik, temubual dan pemerhatian. Seramai 136 orang kakitangan wanita dari Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Ayer Keroh Melaka terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package fot the Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian mendapati bahawa kecenderungan wanita bekerjaya terhadap drama televisyen berada pada tahap meminati sahaja dan tidak memberikan kesan yang negatif. Faktor plot penceritaan yang menarik dengan nilai min (m=3.85, sp=0.92) dan tema drama seperti kekeluargaan dan pengorbanan dengan nilai min masing-masing (m=3.85, sp=1.06) (m=3.90, sp=0.95) berjaya menarik minat wanita menonton drama televisyen. Kesan yang paling ketara berlaku pada wanita yang meminati drama adalah mereka menyiapkan kerja-kerja rumah terlebih dahulu sebelum drama kegemaran mereka mula bersiaran dengan nilai min (m=3.50, sp=1.15). Hal ini menunjukkan bahawa faktor Dari drama seperti jalan cerita dan tema drama banyak mempengaruhi wanita menonton drama televisyen.Wanita bekerjaya juga bijak menyeimbangkan antara minat dan tanggungjawab mereka tanpa mendatangkan kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan agama.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Wanita bekerjaya | |
dc.subject | Hobi | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kecenderungan wanita bekerjaya terhadap drama televisyen : faktor dan kesan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 133 | |
dc.identifier.barcode | 006315(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125392+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.