Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458322
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorFatihah Ismail (P85212)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:10Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:10Z-
dc.date.issued08/03/2021
dc.identifier.otherukmvital:124878
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458322-
dc.descriptionMetode penulisan hadith ialah gaya atau cara penulisan dalam penyampaian hadith yang digunakan oleh pengarang kitab dalam karyanya. Metode penulisan hadith di Nusantara boleh dilihat pada penulisan sanad hadith, matan hadith, rujukan hadith dan status hadith. Empat perkara ini merupakan asas bagi penulisan sesuatu hadith. Kitab Jam al-Fawa'id wa Jawahir al-Qala'id merupakan kitab tasawuf karya Syeikh Daud al-Fatani. Kitab tersebut telah memuatkan hadith dengan menggunakan pelbagai metode penulisan. Daripada kepelbagaian metode tersebut didapati ketidakselarian dengan kaedah yang digunakan oleh ulama hadith dalam menyebut hadith bagi menentukan kedudukan sesuatu hadith. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan pendekatan Syeikh Daud dalam berinteraksi dengan hadith-hadith fada'il al-amal. Selain itu, kajian ini menganalisis metode penulisan hadith oleh Syeikh Daud dan mendapati beliau telah menggabungkan banyak hadith dalam satu riwayat serta menggunakan pelbagai sighah dalam penyebutan hadith. Syeikh Daud juga tidak menyebut nilai sesebuah hadith ketika mengemukakan hadith dalam menguatkan kenyataannya. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada masyarakat yang beramal dengannya tanpa mengetahui statusnya, dikhuatiri beramal dengan hadith yang mardud walaupun dalam perkara fada'il al-acmal, kerana ulama juga telah menetapkan syarat beramal dengan hadith yang daif. Kajian takhrij hadith juga dilakukan untuk mengenalpasti sumber rujukan bagi hadith yang dikemukakannya selain dapat mengetahui statusnya. Kajian ini memfokuskan kepada metode penulisan hadith dan takhrij hadith berkaitan solat. Reka bentuk kajian ini adalah merupakan kajian kualitatif dan proses pengumpulan data ialah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen secara deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Syeikh Daud mempunyai pendapatnya yang tersendiri yang mana membolehkan beramal dengan hadith batil dalam perkara fada'il al-amal. Selain itu, terdapat pelbagai metode penulisan hadith yang digunakan oleh Syeikh Daud seperti pernyataan sanad, penulisan matan, penyebutan rujukan hadith dan sighah penyampaian hadith. Manakala, hasil kajian takhrij pula mendapati pelbagai kategori hadith ditemui terdiri daripada hadith sahih, hasan, daif, mawdu serta terdapat juga hadith yang tidak dapat ditentukan nilainya dan tidak dijumpai sumber pengambilannya. Implikasinya, kajian ini amat penting kepada masyarakat terutama pembaca kitab-kitab kuning dengan mendedahkan tentang pendekatan Syeikh Daud dalam berinteraksi dengan hadith-hadith fada'il al-amal. Di samping itu juga, memberi penjelasan status dan rujukan bagi hadith-hadith yang dikaji.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHadith
dc.subjectSyeikh Daud al-Fatani
dc.subjectKitab Jam al-Fawa'id wa Jawahir al-Qala'id
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePendekatan penulisan hadith Syeikh Daud al-Fatani : kajian takhrij hadith bab solat dalam kitab Jam al-Fawa'id wa Jawahir al-Qala'id
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.barcode004952(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124878+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.