Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458320
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri bin Ariffin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSalina Che Omar (P78842)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:09Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:09Z-
dc.date.issued31/07/2017-
dc.identifier.otherukmvital:121705-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458320-
dc.descriptionMaqamat merupakan satu genre prosa sastera Arab klasik yang muncul pada kurun keempat Hijrah. Genre ini merupakan kumpulan cerita pendek yang digunakan oleh penulis untuk memaparkan idea pemikiran sastera, falsafah dan jenaka. Dipopularkan oleh Badi' al-Zaman seterusnya al-Hariri dan al-Zamakhshari. Al-Zamakhshari seorang ilmuan dalam bidang Hadith, Tafsir dan tatabahasa Arab, dan turut dikenali juga sebagai seorang penulis Maqamat. Berdasarkan kajian lepas, kajian berkaitan Maqamat ciptaan al-Zamakhshari amat sedikit dalam kalangan penuntut ilmu mahupun pengkaji kesusasteraan Arab. Persoalannya apakah kedudukan al-Zamakhshari dalam bidang kesusasteraan Arab? Apakah struktur, tema dan bentuk gaya bahasa yang digunakan oleh beliau dalam penulisan Maqamat? Sejauh manakah al-Quran, al-Hadith dan pemikiran I'tizal memberi kesan kepada penulisan Maqamatnya? Objektif kajian ini ialah mencungkil riwayat hidup al-Zamakhshari, ketokohannya dalam kesusasteraan Arab, menganalisis struktur, tema, bentuk gaya bahasa, kesan al-Quran, al-Hadith dan pemikiran I'tizal dalam Maqamat ciptaan beliau.Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan reka bentuk analisis dokumen. Data yang diperolehi melalui buku, artikel dalam prosiding, jurnal, disertasi dan tesis kemudiannya dikumpulkan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati al-Zamakhshari merupakan seorang tokoh dalam Bahasa Arab dan sastera Arab walaupun beliau bukan berbangsa Arab. Ini terbukti melalui suasana kehidupan beliau pada zaman 'Abbasiyyah yang terkenal dengan zaman perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan gerakan penulisan. Al-Zamakhshari banyak mengembara menuntut ilmu dalam bidang Nahu, Sarf dan sastera Arab sehingga beliau berjaya menghasilan karya sastera yang menjadi rujukan sarjana termasuklah Maqamat. Analisis ke atas Maqamat al-Zamakhshari mendapati strukturnya menepati binaan sesebuah hasil penulisan sastera. Tema pilihan beliau ialah nasihat dan wasiat, kata-kata hikmah dan gambaran masyarakat. Dari sudut gaya bahasa pula, beliau menggunakan gaya bahasa berkhutbah, nasihat, teknik Iqtibas dan al-Saj'. Perkara-perkara asas I'tizal turut terkesan di dalam penulisan Maqamat al-Zamakhshari,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectal-Zamakhshari-
dc.subjectMahmud ibn 'Umar-
dc.subject-- 1075-1144-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectReligious life -- Islam -- Early works to 1800-
dc.subjectIslamic literature-
dc.subjectArabic -- Early works to 1800-
dc.titleAnalisis struktur, tema, gaya bahasa dan ilmu al-Badi' dalam Maqamat al-Zamakhshari-
dc.typetheses-
dc.format.pages137-
dc.identifier.callnoPJ812|b.S23 2017-
dc.identifier.barcode003174 (2017)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121705+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.