Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458318
Title: Feqah Kharijah bin Zaid bin Thabit Kajian fekah perbandingan empat mazhab""
Authors: Hossin. Y. Ismail Mohammed Agha Al-Rashagery (P59777)
Supervisor: Ahmad Hosni, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  14
Description: Isu kesaksian wanita mendapat perhatian utama para ulama dan hakim kerana kedudukannya yang amat penting dalam kehidupan manusia seharian. Permasalahan kajian berpunca daripada kedudukan umat Islam yang jauh daripada perundangan Islam kerana berpegang dengan undang-undang ciptaan yang tidak memadai, di samping ketidakprihatinan mereka terhadap kesaksian sebagai salah satu sarana pembuktian, dan juga kerana terdapat dakwaan bahawa Islam merendahkan kedudukan wanita dengan menjadikan kesaksiannya hanya menyamai separuh kesaksian lelaki. Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan yang mengandungi hukum hakam kesaksian wanita dalam bidang fiqh dan undang-undang bagi menjelaskan sejauh mana kedua-duanya mempunyai persamaan dan perbezaan. Kajian ini juga bertujuan untuk menampilkan keprihatinan Islam terhadap wanita sama seperti keprihatinannya terhadap lelaki, termasuk dalam hal kesaksian. Kajian ini juga menjelaskan tentang permasalahan-permasalahan fiqh yang memerlukan kesaksian wanita. Di samping itu, kajian ini menampilkan kekurangan undang- undang sedia ada dalam menangani hak wanita, serta menjelaskan tentang kepentingan kesaksian sebagai salah satu sarana pembuktian. Kajian ini menggunakan metode induktif dalam mengenalpasti dan meliputi hukum-hakam fiqh dan teks undang-undang, sebagaimana kajian ini turut menggunakan metode perbandingan dalam menjelaskan bentuk-bentuk persamaan dan perbezaan antara fiqh dan undang-undang, seterusnya kajian ini menggunakan metode analisis deduktif dalam menganalisis permasalahan dan merumuskan pandangan paling kuat berdasarkan ijtihad. Kajian ini cuba mengemukakan gambaran yang jelas tentang kesaksian wanita dan menyimpulkan beberapa dapatan; kesaksian wanita tidak diterima dalam kes hudud kerana sifat emosi yang tinggi yang ada pada mereka, bagi memelihara nasab dan kehormatan, serta menyempitkan penyebaran keburukan dan melinndungi aib manusia; dalam Islam, kesaksian wanita adalah separuh daripada keaksian lelaki adalah secara umum, tetapi jika kebenaran telah jelas yang boleh berlaku dengan mana-mana cara dan cara yang paling mudah ialah melalui kesaksian, maka hakim wajib melaksanakannya bahkam haram menidak dan membatalkannya; undang-undang membezakan antara kesaksian wanita dan lelaki dalam jenayah zina dan menghubungkannya dengan aduan daripada suami atau isteri, sedangkan syarak tidak membezakan antara kedua-duanya dan tidak membelenggu dan menghalang hakim daripada menjatuhkan had jika segala syaratnya dipenuhi.,Tesis ini tidsk ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 299
Call Number: BP191.R356 2010 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458318
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121592+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.