Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458311
Title: | Aplikasi al-mujmal dan al-mubayyan dalam khilaf qira'at qur'aniyyah dan kesan kepada pentafsiran al-Quran |
Authors: | Zakirah Azmi (P67096) |
Supervisor: | Sabri Mohamad, Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Qur'an -- Readings Qur'an -- Criticism, interpretation, etc. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 18 |
Description: | Al-Quran merupakan mukjizat agung Rasulullah SAW yang diturunkan dengan tujuh huruf (al-ahruf al-sabcah) untuk memudahkan pembacaan dan penyampaian kepada seluruh umat. Ketidaksamaan bacaan al-Quran menerusi khilaf qira'at Qur'aniyyah memberi impak yang besar dalam pentafsiran al-Quran terutama yang melibatkan hukum fikah. Setiap khilaf qira'at Qur'aniyyah yang bersifat al-mujmal memerlukan kepada penerangan lanjutan daripada ayat yang bersifat al-mubayyan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji khilaf qira'at Qur'aniyyah di antara ayat yang bersifat al-mujmal dan al-mubayyan serta kesan keduanya terhadap pentafsiran al-Quran. Untuk tujuan itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Seterusnya, data dikumpul melalui kaedah analisis dokumen yang terdiri daripada kitab qira'at dan juga tafsir. Manakala analisis data pula menggunakan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat 15 ayat al-mujmal dan al-mubayyan daripada surat al-Baqarah sehingga surat al-Tawbah dalam khilaf qira'at Qur'aniyyah yang memberi kesan kepada pentafsiran al-Quran. Kajian juga mendapati khilaf qira'at yang bersifat al-mujmal dapat diterangkan maksudnya dengan khilaf qira'at yang bersifat al-mubayyan yang terdapat dalam ayat yang sama, sama ada yang melibatkan qira'at mutawatirah ataupun qira'at shadhdhah. Begitu juga, kajian dapat menerangkan latar belakang hubungan antara ilmu qira'at dan ilmu tafsir serta manhaj mufassir ketika berhujah dengan khilaf qira'at. Di akhir kajian, pemahaman yang jelas terhadap konsep al-mujmal dan al-mubayyan dapat dijadikan panduan ketika mengistinbat hukum seterusnya mengelakkan sebarang penyelewengan dalam pentafsiran al-Quran.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 100 |
Call Number: | BP131.5.Z335 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121507+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.