Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458307
Title: Pendekatan dakwah Tok Guru Nik Abdul Aziz kepada saudara baru di Kelantan
Authors: Wan Zuhaira Nasrin Wan Zainudin (P87093)
Supervisor: Nur A'thiroh Masyaa'il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr.
Keywords: Da'wah (Islam)
Abdul Aziz bin Nik Mat
1931-2015
Islam -- Missions -- Malaysia -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  20
Description: Dakwah kepada saudara baru di Kelantan telah pun berkembang baik di bawah pentadbiran Tok Guru Nik Abdul Aziz di mana saudara baru telah pun diberi perhatian khusus oleh beliau. Peranan dan jasa Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam membantu, menyokong dan mengukuhkan dakwah kepada saudara baru dapat dilihat dengan saudara baru telah pun berkembang pesat di Kelantan. Oleh kerana saudara baru telah mendapat perhatian khusus maka atas dasar ini kajian diperlukan untuk mencari dan mengetahui secara jelas sejauhmana pendekatan dakwah digunakan dalam menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat terutamanya kepada saudara baru. Walaupun dakwah Islam itu disampaikan dan diterima pakai oleh masyarakat, akan tetapi kelemahan metodologi akan meminggirkan masyarakat yang baru memeluk Islam malah mereka akan kembali ke ajaran asal mereka. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan dakwah al-hikmah, mawꜥ izah hasanah dan mujadalah yang digunakan Tok Guru Nik Abdul Aziz kepada saudara baru di Kelantan. Metadologi kajian adalah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes melalui temu bual separa berstruktur. Kajian ini menggunakan pensampelan bola salji (snow ball sampling) dan dianalisis secara naratif deskriptif. Dalam pada itu, dapatan kajian disusun berdasarkan thematic untuk mengenal pasti tema-tema yang terbentuk hasil daripada temu bual yang dilakukan. Hasil kajian mendapati, Tok Guru Nik Abdul Aziz telah memanifestasi pendekatan dakwah kepada tiga kaedah utama iaitu pendekatan dakwah al-hikmah, mawꜥ izah hasanah dan mujadalah. Di samping itu, kajian ini memberi sumbangan ilmu kepada Majlis-Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA Kelantan), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM Kelantan) dan Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP Kelantan) serta badan-badan NGO Islam yang terlibat dengan dakwah Islamiah di Malaysia. Implikasi kajian ini dapat mengembangkan usaha dakwah Tok Guru Nik Abdul Aziz khususnya kepada saudara baru dan umumnya kepada semua bangsa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 112
Call Number: BP170.85.W346 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121314+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.15 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.