Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458306
Title: Kaedah pengajaran program pengajian takmir di masjid daerah Sepang
Authors: Lissailin Baharudin (P74564)
Supervisor: Mohd Akil Muhamed Ali
Keywords: Mosques -- Organization and administration
Mosques -- Malaysia -- Selangor -- Sepang
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  10
Description: Sejarah Islam telah mencatatkan bahawa masjid pada zaman Nabi Muhammad SAW merupakan pusat kegiatan umat Islam. Walaubagaimanapun, pada masa kini fungsi masjid terhakis sedikit demi sedikit. Program pengajian takmir merupakan satu program pengimarahan masjid yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri termasuk di Selangor. Namun begitu, program pengajian takmir sejak tahun 1985 pasti telah melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh pelaksanaannya. Antaranya, cabaran guru takmir dalam menyampaikan ilmu bagi menjayakan program pengajian takmir. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan program pengajian takmir di daerah Sepang. Kajian ini juga bertujuan mengkaji kaedah pengajaran yang diaplikasi oleh guru-guru takmir di daerah Sepang. Selain itu, kajian ini turut menganalisa cabaran pelaksanaan program pengajian takmir di daerah Sepang. Selain itu kajian ini turut menganalisa cabaran pelaksanaan program pengajian takmir di daerah Sepang. Kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan reka bentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data maklumat melalui temubual dan pemerhatian serta analisis dokumen. Seramai lima orang informan telah ditemubual bagi mendapatkan maklumat berkenaan program pengajian takmir, pelaksanaan dan kaedah pengajarannya. Pemilihan informan dipilih adalah secara bertujuan, manakala pemerhatian dijalankan secara berkala sepanjang tempoh kajian. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati cabaran paling utama yang dihadapi oleh guru takmir adalah menarik minat masyarakat Islam agar istiqamah dalam menghadiri program pengajian takmir dan menyampaikan ilmu agar masyarakat Islam memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari dengan lebih berkesan. Kaedah pengajaran yang sesuai mengikut peredaran zaman masa kini perlu dalam membantu guru takmir dalam menyampaikan ilmu.Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa program pengajian takmir perlu diteruskan kerana program ini sangat membantu dalam pengimarahan masjid pada masa kini dan merupakan program yang berbentuk ilmiah yang terbaik dalam melahirkan masyarakat Islam yang berkualiti.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 141
Call Number: BP187.65.M4S435 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
876.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.