Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458305
Title: Aplikasi makanan patuh syariah di Klana Beach Resort Port Dickson
Authors: Nurul Atikah Poniran (P83581)
Supervisor: Anwar Fakhri Omar
Keywords: Muslims -- Dietary Laws
Halal food industry -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  21
Description: Tahap kesedaran tentang pengurusan makanan halal yang mematuhi standard Piawaian Makanan Halal Malaysia di kalangan usahawan tempatan dalam industri pembuatan dan penyediaan makanan menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Namun begitu, masih terdapat isu pematuhan syariah dalam industri perhotelan di Malaysia di mana terdapat hotel-hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa ketika bulan Ramadhan tetapi tidak memiliki sijil halal atau memiliki perakuan sijil halal yang tidak sah. Ini terbukti apabila terdapat 237 hotel yang beroperasi di Negeri Sembilan, namun hanya 23 hotel sahaja yang memiliki sijil halal yang masih sah dan diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan laporan direktori halal JAKIM. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji samada aplikasi pengurusan makanan patuh syariah dalam industri perhotelan mematuhi standard piawaian yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Untuk kajian ini, Klana Beach Resort, Port Dickson telah dipilih sebagai tempat kajian bagi mengumpul data dengan memberi tumpuan kepada satu set populasi iaitu responden kajian yang telah dipilih berdasarkan metod persampelan bertujuan dan mereka ini terdiri daripada staf hotel di bahagian pengurusan makanan. Kaedah analisa data kualitatif telah digunakan dalam kajian ini kerana kaedah ini amat sesuai untuk mengkaji serta menghurai data bagi kajian diskriptif. Dua instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian ini pula ialah sesi temu bual separa berstruktur dan pemerhatian aktif. Manakala data yang telah dikumpul oleh pengkaji telah dianalisa di empat peringkat iaitu pertama; koding, kedua; kategori, ketiga; analisa kajian kes dan, keempat; interpretasi. Set protokol temu bual telah melalui proses kesahan melalui semakan oleh pakar dengan menggunakan kaedah Cohen Kappa dan mencapai k=0.78 nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.75; indikasi bagi persetujuan yang kuat dan konsisten. Hasil kajian mendapati pengurusan makanan patuh syariah telah diaplikasi sepenuhnya di Klana Beach Resort, Port Dickson serta mematuhi standard piawaian yang telah ditetapkan oleh JAKIM.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 127
Call Number: BP184.9.D5N847 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121312+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.