Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458300
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Asha'ari, Dr.
dc.contributor.authorNurul Afifah Saharuddin (P77726)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:56Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:56Z-
dc.date.issued05/03/2019
dc.identifier.otherukmvital:121307
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458300-
dc.descriptionPenulisan buku merupakan medium dakwah yang mampu memberi kesan ke atas pemikiran sasaran dakwah. Penulisan alternatif-indie merupakan salah satu bentuk penulisan yang telah mencetuskan trend baharu dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat. Kemunculannya di Malaysia bermula setengah dekad yang lalu telah menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan dalam masa yang sama ia mampu melahirkan generasi pelapis yang berbakat menjadi penulis yang berani dan lantang bersuara. Oleh kerana penulisannya mendapat sambutan yang baik, bagaimanakah trend ini boleh diadaptasikan dalam penulisan dakwah. Maka kajian ini membincangkan sorotan awal perkembangan penulisan alternatif-indie dan mengkaji aspek kandungan serta ciri-ciri khususnya. Kajian ini menganalisis gaya penulisan alternatif-indie yang relevan untuk disesuaikan terhadap penulisan dakwah masa kini. Kajian ini dilakukan menerusi metode temu bual dengan enam orang penerbit secara individu dan kepada enam orang pembaca buku aktif yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Hasil kajian menunjukkan perkembangan trend penulisan alternatif-indie ini mempengaruhi masyarakat terutamanya golongan anak muda untuk minat membaca sekali gus memberi kesan terhadap penerbit buku berjalur dakwah untuk membudayakan trend ini dalam penerbitan karya mereka. Selain itu, hasil kajian juga mendapati empat faktor utama yang mempengaruhi perkembangan trend ini berlaku iaitu faktor kemunculan zine, kebebasan bersuara dalam konteks faham liberal, revolusi penulisan blog kepada buku, faktor counterculture dan pop-culture. Hasil kajian juga menunjukkan aspek kandungan dalam kebanyakan karya penulisan alternatif-indie adalah bersifat bebas bersuara (terbuka). Manakala hasil kajian yang ketiga mendapati gaya penulisan alternatif-indie lebih bersifat santai, lain dari yang lain (rare), straight-forward mengikut semasa, bersifat alternatif (memberi pelbagai pilihan) serta kandungannya yang tidak terlalu serius dan design kulit buku yang menarik perhatian pembaca. Oleh yang demikian, keseluruhan kajian mendapati bahawa trend penulisan alternatif-indie ini merupakan budaya yang relevan dan sesuai dijadikan sebagai strategi terhadap penulisan dakwah masa kini. Dalam konteks dakwah, penulisan yang dihasilkan harus memiliki adab dan gaya penulisan yang baik agar konsep (counterculture) yang mahu dimurnikan bersesuaian dengan konteks semasa dan sasaran masyarakat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDa'wah (Islam)
dc.subjectWriting -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTrend penulisan alternatif-indie terhadap perkembangan penulisan dakwah
dc.typetheses
dc.format.pages128
dc.identifier.callnoBP170.85.N84 2019 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121307+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
836.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.