Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458298
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZainab Ismail, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNuraini Kamarolzaman (P81829)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:55Z-
dc.date.issued11/11/2019
dc.identifier.otherukmvital:121304
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458298-
dc.descriptionKedudukan institusi kekeluargaan Muslim yang sangat lemah kesan daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran didapati mempengaruhi keutuhan rumah tangga masa kini. Setiap tahun berlaku peningkatan kes penceraian, keganasan rumah tangga dan pengabaian tanggungjawab dalam rumah tangga yang masih berterusan hingga hari ini. Namun, aplikasi pendekatan spiritual Islam dalam proses membimbing dan menasihati merupakan terapi kerohanian yang penting dalam kehidupan manusia terutama bagi merawat kebimbangan jiwa yang dihadapi oleh pasangan yang berkonflik dalam rumah tangga untuk mencari jalan kebahagiaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang pasangan bermasalah, mengkaji masalah yang sering dihadapi oleh pasangan bermasalah dalam rumah tangga, mengenal pasti pendekatan spiritual yang diaplikasi oleh pegawai rundingcara terhadap pasangan bermasalah serta menganalisis perubahan positif selepas diaplikasi pendekatan spiritual terhadap pasangan bermasalah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif deskriptif dengan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang dilakukan ke atas lima orang pegawai rundingcara di Unit Rundingcara, Jabatan Agama Islam Selangor. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis termatik iaitu mengklasifikasikan tema-tema. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan dari sudut latar belakang pasangan bermasalah, kebanyakan yang datang mengadu adalah wanita berumur antara 20 - 40 tahun iaitu umur pertengahan serta usia perkahwinan 1 hingga 5 tahun. Mempunyai taraf pendidikan menengah dan berpendapatan RM3000 ke bawah. Kajian ini juga mendapati masalah tertinggi yang sering dihadapi oleh pasangan bermasalah ialah masalah tidak bertanggungjawab, ekonomi, komunikasi, akhlak atau sosial serta kurang didikan agama. Dari perspektif pegawai rundingcara, terdapat tiga pendekatan spiritual utama yang diaplikasi iaitu pendekatan mujahadat al-nafs, pendekatan riayadat al-nafs dan pendekatan muhasabah al-nafs. Manakala dari sudut perubahan positif, kajian ini menunjukkan pasangan bermasalah lebih berkeyakinan, memahami diri, tawakkal dan berusaha untuk melaksanakan tuntutan agama. Ketiga-tiga pendekatan yang diaplikasi oleh pegawai rundingcara memberi implikasi kepada pasangan bermasalah dari sudut pengurusan konflik dalam rumah tangga berteraskan Islam dan dalam masa yang sama dapat membentuk jiwa tauhidik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPerkahwinan
dc.subjectInstitusi kekeluargaan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAplikasi pendekatan spiritual terhadap pasangan bermasalah dalam perkahwinan di Unit Rundingcara Jabatan Agama Islam Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages140
dc.identifier.barcode004823(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121304+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.