Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458295
Title: Kedudukan tawanan perang wanita daripada perspektif Daesh
Authors: Siti Hanisah Mohd Amin (P77244)
Supervisor: Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.
Keywords: Daesh
Pengganas
Tawanan perang
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  12
Description: Isu berkaitan pengganas dan golongan ekstremis seperti Daesh telah membuka diskusi baru terhadap pandangan dunia kepada agama Islam. Ideologi Daesh menggunakan keganasan sebagai metode iaitu 'jihad' peperangan (al-qital) untuk mencapai tujuan pembinaan sebuah negara Islam. Daesh beranggapan bahawa di antara ciri-ciri untuk mendirikan negara Islam pada zaman moden adalah dengan mengembalikan pengamalan sunnah Rasulullah SAW, termasuk amalan perhambaan yang wujud akibat daripada peperangan. Justeru, amalan menjadikan tawanan wanita sebagai hamba dengan menggunakan rujukan al-Quran, Hadis dan Sirah Nabawiyyah dijadikan asas legitimasi dakwaan Daesh seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Fatwa Daesh. Kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep sebenar tawanan perang dan perhambaan, serta mengkaji amalan Daesh terhadap tawanan perang wanita dan menilai kedudukan wanita yang menjadi tawanan perang Daesh daripada perspektif Islam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Sumber data yang dikumpulkan adalah daripada dokumen terbitan Jabatan Penyelidikan dan Fatwa Daesh berkenaan tawanan perang wanita. Hasil kajian ini mendapati bahawa penilaian dan kefahaman yang sahih bersumberkan al-Quran, Hadis dan pandangan Ulama terhadap prinsip-prinsip tawanan perang wanita Daesh adalah jauh tersasar daripada pemahaman Islam yang sebenar. Diharap kajian ini memberi sumbangan dalam korpus bidang berkaitan ekstremisme dan terorisme agama serta memberi kesedaran dan kefahaman terhadap persoalan tawanan perang wanita kepada masyarakat awam Islam khususnya.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 155
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121301+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.