Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458293
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorMuhamad Syaari Ab Rahman (P85190)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:53Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:53Z-
dc.date.issued19/12/2019
dc.identifier.otherukmvital:121299
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458293-
dc.descriptionIlmu munasabah adalah salah satu ilmu yang sangat penting dalam pentafsiran ayat-ayat al-Qur'an. Namun demikian, ilmu ini kurang diberi perhatian oleh para penulis kisah-kisah al-Qur'an. Para penulis kisah-kisah al-Qur'an lebih banyak menjelaskan ibrah kisah al-Qur'an tanpa menjelaskan maqasid surah yang memaparkan kisah berkenaan. Kegagalan meneliti munasabah kisah dengan ayat-ayat sebelum, pembukaan dan penutupan surah boleh menyebabkan berlakunya pentafsiran di luar konteks dan pengabaian terhadap konsep ibrah kisah-kisah al-Qur'an. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan kedudukan ilmu munasabah dalam sejarah pentafsiran al- Qur'an dari dahulu hingga sekarang, menjelaskan kaedah pentafsiran al-Qur'an menggunakan ilmu munasabah dan menjelaskan aplikasi ilmu ini dalam pentafsiran para ulama menerusi kisah Nabi Ibrahim AS dalam al-Qur'an. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian secara analisis kandungan. Pengumpulan data dibuat dengan kaedah analisis dokumen terhadap kitab-kitab tafsir al-Qur'an, karya-karya ulum al-Qur'an dan karya-karya mengenai kisah-kisah al-Qur'an. Selanjutnya, data yang diperoleh ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menemukan ilmu munasabah menjadi ilmu yang tidak pernah dikesampingkan oleh para ulama tafsir sejak dahulu hingga sekarang termasuklah pada nas-nas yang membabitkan kisah-kisah al-Qur'an. Kajian juga menemukan aplikasi kaedah-kaedah munasabah yang dilakukan para ulama membawa mereka kepada ilmu mengenai kesatuan tema surah. Demikian juga munasabah kisah Nabi Ibrahim AS telah memperjelas kesatuan tema setiap surah yang memaparkan kisah baginda. Implikasi kajian ini ialah berkembangnya aktiviti tafsir mawdui al-Qur'an dengan menjadikan ilmu munasabah sebagai salah satu ilmu yang dititikberatkan oleh para pendakwah al-Qur'an. Selain itu, kajian ini juga menyumbang kepada lebih banyaknya penulisan kisah-kisah al-Qur'an yang memaparkan ibrah kisah dengan sentuhan ilmu munasabah dan kesatuan tema surah al-Qur'an.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIlmu munasabah
dc.subjectNabi Ibrahim AS
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAplikasi ilmu munasabah terhadap kisah Nabi Ibrahim AS
dc.typetheses
dc.format.pages176
dc.identifier.barcode004818(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121299+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.