Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458290
Title: Pengagihan zakat asnaf fi sabil Allah di Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Authors: Rabi'tul Solehah Muhamad Rosli (P87059)
Supervisor: Nurul Ilyana Mohd Adnan, Dr.
Keywords: Zakat
Asnaf
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  3
Description: Al-Quran telah menerangkan lapan golongan asnaf yang layak menerima dana zakat. Asnaf fi sabil Allah merupakan asnaf ketujuh selepas asnaf al-gharimin berdasarkan turutan di dalam surah al-Tawbah. Menurut al-Qaradawi, asnaf fi sabil Allah dikenali sebagai asnaf muqaddam yang dikemudiankan dalam pengagihan zakat. Namun, di Lembaga Zakat Selangor (LZS), asnaf ini menerima agihan kedua tertinggi selepas asnaf miskin. Mengapa hal ini terjadi?. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengkaji pandangan ulama empat maddhab, ulama tafsir dan sarjana kontemporari dalam mentafsir asnaf fi sabil Allah. Kajian ini juga melihat kepada tafsiran asnaf fi sabil Allah yang digunapakai oleh LZS dan konsep pengagihannya. Selain itu, faktor yang mempengaruhi agihan asnaf ini juga diteliti dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual. Kaedah analisis dokumen dan temubual separa berstruktur telah digunakan untuk proses pengumpulan data. Semua data daripada analisis dokumen dan temubual dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan pandangan empat mazhab dalam mentafsir fi sabil Allah kearah perjuangan melalui peperangan untuk mengembangkan dan mempertahankan agama Islam. Ulama tafsir pula berpandangan fi sabil Allah ialah perkara-perkara yang mendekatkan dan mencapai keredhaan Allah serta perkara yang membawa kepada kemaslahatan ummah. Manakala, sarjana kontemporari berpendapat fi sabil Allah ialah perkara atau aktivti kearah menegakkan dan mempertahankan Islam. Tafsiran asnaf fi sabil Allah di LZS bersifat umum dan membawa kemaslahatan ammah serta melibatkan agihan kepada individu, organisasi dan institusi agama. Bantuan bagi organisasi atau institusi Islam adalah melibatkan dana yang tinggi berbanding bantuan individu. Perjuangan fi sabil Allah bukan sahaja dalam bentuk peperangan malah boleh dilaksanakan pelbagai cara seperti dakwah, penulisan, aktiviti, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Agihan fi sabil Allah di LZS juga berdasarkan dakwah dan dorongan kepada hidup beragama seperti bantuan pendidikan, dakwah Islam, syiar Islam dan ekonomi. Tiga prinsip atau peringkat bantuan iaitu al-daruriyyah, al-hajiyyah dan al-tahsiniyyah diterapkan dalam agihan asnaf fi sabil Allah di LZS. Implikasi kajian ini dapat mendedahkan kaedah yang dilaksanakan oleh LZS bagi asnaf fi sabil Allah serta dapat memberi keyakinan kepada masyarakat Islam tentang pengagihan asnaf fi sabil Allah. Asnaf ini sangat penting pada zaman sekarang bagi mendorong asnaf hidup beragama serta dapat menyumbang kepada pembangunan Islam dan negara. Oleh itu, pengagihan skim bantuan fi sabil Allah yang dilaksanakan oleh LZS khususnya dapat memenuhi keperluan asnaf di dunia dan akhirat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 185
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121297+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.