Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458289
Title: Epistemologi historiografi Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu
Authors: Noratiqah Ahmad Kazmar (P85204)
Supervisor: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Dr.
Keywords: Historiografi
Syed Muhammad Naquib Al-Attas
Karya Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  25
Description: Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan sarjana Muslim kontemporari dalam bidang teologi, falsafah, metafizik, sejarah dan kesusasteraan. Karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu merupakan salah satu karya al-Attas bergenre sejarah. Karya ini berasal dari teks Syarahan Perdana di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1972. Karya ini merupakan Mukaddimah kepada peranan Islam dalam sejarah peradaban Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam pemikiran, bahasa dan kesusasteraan Melayu. Kandungannya terbahagi kepada lima topik utama yang membincangkan tentang peradaban Melayu di Kepulauan Melayu-Indonesia. Kajian ini bertitik tolak daripada penyataan bahawa falsafah sejarah al-Attas merupakan cerminan dari pandangan alam (worldview) dan epistemologi Islam, iaitu kerangka ilmu yang muncul darinya. Justeru, kajian ini bertujuan mentafsir epistemologi historiografi al-Attas yang diaplikasi dalam karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Berpandukan kepada epistemologi atau teori ilmu, fokus kajian adalah kepada skop kandungan, sumber dan metode dalam karya. Objektif kajian adalah untuk membincangkan kandungan sejarah dalam karya, menilai rujukan sejarah digunakan al-Attas dalam penulisan dan memformulasikan prinsip-prinsip umum falsafah sejarah al-Attas dalam karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis teks dan kajian sejarah. Hasil kajian mendapati teks karya ini terbahagi kepada lima judul utama falsafah sejarah, mempunyai sistem rujukan yang kreatif terhadap sumber Barat serta Islam dan terdapat tiga prinsip umum falsafah sejarah al-Attas yang terkandung di dalam karya ini iaitu prinsip tazkirah, pandangan alam Islam dan epistemologi Islam. Epistemologi historiografi al-Attas dalam karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu boleh dianggap sebagai sebuah karya yang memberikan pengenalan kepada falsafah sejarah Islam kontemporari di Alam Melayu berasaskan teori ilmu yang dikemukakan beliau dalam karya tersebut.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 108
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121296+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.