Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458284
Title: Pengurusan harta sitaan dalam perspektif Islam dan pengamalannya di Malaysia
Authors: Mohd Harifadilah Rosidi (P77147)
Supervisor: Shofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Harta sitaan
Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  4
Description: Peningkatan jumlah kes jenayah dan perlanggaran undang-undang di Malaysia membawa kepada peningkatan jumlah harta sitaan. Walaupun hukuman sitaan ini sudah lama dipraktikkan Malaysia, namun pengurusan harta sitaan didapati masih lemah. Selain daripada terjadi pengabaian terhadap harta sitaan yang menyebabkan harta tersebut rosak serta turun nilai, berlaku juga perlanggaran terhadap hak pemilikan harta oleh penguatkuasa undang-undang terhadap tertuduh. Jesteru, kajian ini akan mengkaji serta menganalisis tatacara pengurusan harta sitaan di dalam Islam untuk dibandingkan dengan pengamalan semasa di Malaysia serta menyelesaikan persoalan berbangkit. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif disamping pendekatan temubual ke atas pegawai agensi penguatkuasaan undang-undang sitaan untuk mendapatkan gambaran jelas berkenaan pengurusan harta sitaan yang diamalkan di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan amalan pengurusan harta sitaan di Malaysia adalah bertepatan dengan fiqh Islam dari segi tidak memakan harta secara batil dan tidak menyia-nyiakan harta. Namun, terdapat juga beberapa amalan yang bercanggah dengan syarak. Hal ini berpunca daripada, faktor penentuan kaedah pelupusan harta sitaan di Malaysia adalah bergantung kepada kedudukan harta sitaan menurut undang-undang, jenis kesalahan pemilik harta sitaan dan keuntungan daripada penjualan harta sitaan tersebut. Implikasi kajian ini menggesa pihak Parlimen Malaysia untuk mengkaji semula seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1988 yang telah diperuntukkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya diselaraskan sepertimana peruntukan undang-undang dalam seksyen 70 Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001, selain pihak Kastam Diraja Malaysia juga perlu menilai semula amalan pelupusan arak di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 163
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121135+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.