Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458283
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Asha'ari, Dr.
dc.contributor.authorQais H.A. Abuyounis (P81834)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:48Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:48Z-
dc.date.issued11/03/2019
dc.identifier.otherukmvital:121132
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458283-
dc.descriptionTasawuf Islam merupakan bidang yang mendapat tempat dalam kalangan ramai pengkaji dan telah menarik perhatian mereka kerana ia berperanan besar dalam aspek kemasyarakatan, dakwah dan politik. Sungguhpun banyak Tarikat Sufi kebelakangan ini mengambil sikap menjauhkan diri dari kehidupan masyarakat, tetapi al-Tarikat al-Aliyyah al-Qadiriyyah al-Kasanzaniyyah telah berperanan penting dalam aspek politik, kemasyarakatan dan agama di Iraq. Permasalahannya berkait dengan suasana negara-negara Arab yang mengalami peperangan, saling menuduh kafir dan perpecahan khususnya di Iraq, bagaimana Tariqat al-Kasanzaniyyah berperanan dalam aspek politik di Iraq yang boleh membawa kepada keamanan di sana dan bagaimanakah pandangan tarikat ini terhadap politik. Tujuan kajian ini ialah untuk memperkenalkan al-Tarikat al-Aliyyah al-Qadiriyyah al-Kasanzaniyyah dan menganalisis faktor yang menyebabkan ahli tariqah ini menyertainya. Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan pandangan ahli tarikat ini tentang politik dan cara ia diamalkan dan hala tuju tarikat ini untuk merealisasikan keamanan sejagat di Iraq. Kajian ini menggunakan metode temu bual dengan sheikh tariqat dan para pengikutnya di mana pengkaji tinggal bersama mereka selama sebulan. Kajian mendapati bahawa tujuan utama para pengikut menyertai tarikat ini ialah kerana aspek ia mengandungi aspek tarbiah dan penyucian jiwa, amalan zikir dan tumpuan terhadap aspek kerohanian. Kajian juga mendapati bahawa faktor utama yang mendorong para pengikut menyertai Tariqah Kasanzaniyyah ini ialah kandungan manhaj ini dalam aspek tarbiah, penyucian jiwa, zikir dan kekuatan rohani. Tariqah ini berpandangan bahawa menjadi kewajipan untuk terlibat dalam bidang politik hingga tiada bagi menutup ruang kepada orang yang jahat. Tariqat ini juga berkecimpung dalam bidang politik untuk menjaga individu dan masyarakat berdasarkan kepada pandangan agama dan sufi, tetapi dalam bentuk yang berlainan dengan manhaj asasi dalam Tariqat. Tariqat ini berusaha untuk mencapai kesejahteraan sejagat di Iraq yang dianggap sebagai paksi utama di rantau Timur Tengah dimana tanpa keamanan di Iraq rantau ini tidak akan aman. Manhaj Tariqat Kasanzaniyyah diaplikasikan untuk merealisasikan keamanan sejagat menerusi tiga skop utama iaitu; Pertama, aspek agama yang meliputi tarbiyah, ibadah, dakwah dan lain-lain. Kedua, aspek politik yang meliputi aspek kerajaan, menjadi ahli parlimen dan lain-lain. Ketiga, aspek kehidupan umum yang diatur oleh al-Quran, Hadis, ajaran Sheikh Tariqah al-Qadiriyyah untuk mencapai kesucian, rahmat, kebaikan, kasih sayang dan merealiasikan keseimbangan dalam kehidupan dan persaudaraan antara manusia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKesan
dc.subjectTasauf
dc.subjectal-Tariqah al-Aliyyah al-Qadiriyyah al-Kasanzaniyyah
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan tasauf kontemporari dalam merealisasikan keamanan sejagat: kajian terhadap al-Tariqah al-Aliyyah al-Qadiriyyah al-Kasanzaniyyah
dc.typetheses
dc.format.pages204
dc.identifier.barcode004837(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121132+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.