Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458281
Title: Metodologi penulisan Kitab Fatḥ al-Waṣīd Fī Sharḥ al-Qaṣīd karangan Imam al-Sakhāwī
Authors: Farah Mohd Jafar (P70908)
Supervisor: Sabri Mohamad, Dr.
Keywords: Kitab Fatḥ Al-Waṣīd Fī Sharḥ Al-Qaṣīd
Imam al-Sakhāwī
Penulisan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  7
Description: Alī bin Muḥammad bin Abd al-Ṣamad bin Abd al-Aḥad bin Abd al-Ghālib atau lebih dikenali dengan Imam al-Sakhāwī merupakan seorang tokoh yang bergiat aktif dalam bidang ilmu qiraat sama ada dari sudut pengajaran mahupun penulisan. Antara karya penulisan beliau yang paling menonjol ialah sebuah kitab syarahan qiraat tujuh yang dinamakan Fatḥ al-Wasīd fī Sharḥ al-Qaṣīd yang merupakan syarahan pertama matan al-Shāṭibiyyah. Namun begitu, sehingga kini kajian metodologi penulisan kitab beliau tersebut belum mendapat perhatian yang sewajarnya oleh para penyelidik. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis metodologi penulisan kitab Fatḥ al-Wasīd fī Sharḥ al-Qaṣīd tersebut bagi mengenalpasti metode yang dipraktikkan di samping menonjolkan ketokohan penulisnya. Kajian ini dijalankan secara kualitatif melalui reka bentuk analisis kandungan. Metode analisis deskriptif digunakan dalam menganalisis data-data yang dikumpulkan. Dokumen yang dirujuk dalam kajian ini ialah kitab Fatḥ al-Wasīd sendiri dan juga buku-buku lain yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kitab Fatḥ al-Wasīd fī Sharḥ al-Qaṣīd hasil karya Imam al-Sakhāwī merupakan sebuah kitab syarahan matan al-Shāṭibiyyah yang telah menggunakan metode-metode penulisan yang lengkap dan mudah difahami. Namun, penggunaan gaya bahasa pertengahan memerlukan penelitian yang baik untuk memahaminya. Penghujahan yang dibawa oleh penulis begitu terperinci dan lebih cenderung kepada tawjīh qiraat setiap khilaf wajah bacaan para qurrā'. Kajian ini menyumbang kepada percambahan penyelidikan ilmu qiraat dan memperluas perbahasan mengenainya khusus di Malaysia. Selain itu, kajian ini dapat menambah sumber rujukan para penyelidik khususnya dalam bidang ilmu qiraat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 106
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121057+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.88 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.