Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458278
Title: Tahap penghayatan agama murid melalui pengamalan Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di Daerah Rembau Negeri Sembilan
Authors: Mardziyah Ab Aziz (P88267)
Supervisor: Nurul Ilyana Muhd Adnan, Dr.
Keywords: Modul Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
Tahap penghayatan agama
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  26
Description: Elemen kelima Aspirasi Murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjurus kepada penekanan etika dan kerohanian dalam diri setiap murid. Selari dengan Program Sahsial Unggul Murid (SUMUR) yang merupakan program kemenjadian murid merangkumi aspek kerohanian, akhlak dan nilai-nilai murni sebagai persiapan mendepani dan menangani masalah sosial remaja yang amat membimbangkan. Namun begitu, dewasa ini permasalahan sosial semakin berleluasa dalam kalangan murid tidak terkecuali murid-murid aliran agama. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pengamalan modul SUMUR, tahap penghayatan agama murid dan keberkesanan hubungan antara pengamalan modul SUMUR dengan penghayatan agama murid dalam kalangan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data dikutip melalui soal selidik sebagai instrument utama yang melibatkan seramai 180 orang responden kajian yang dipilih secara rawak mudah. Semua data-data yang diperolehi, diproses dan dianalisis melalui analisa deskriptif dan inferensi kolerasi menggunakan komputer melalui program Statistical Package For The Social Science (SPSS) for Window (version 22.0). Hasil kajian menunjukkan pengamalan murid berdasarkan aktiviti modul SUMUR mencapai tahap sederhana tinggi (min = 3.93) merangkumi keempat-empat modul SUMUR. Manakala tahap penghayatan agama murid mencapai tahap tinggi (min = 4.37) bagi aspek akidah, ibadat dan akhlak. Hasil kajian mendapati pengamalan modul SUMUR mempunyai signifikan dengan penghayatan agama dan menunjukkan hubungan positif dengan kekuatan yang kukuh (r = 0.52). Keseluruhannya, kajian menunjukkan pengamalan murid dalam amalan ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penerapan akhlak serta nilai-nilai murni seperti aspek budi bahasa, hormat menghormati, penampilan diri, proaktif, berkeyakinan dan tetap pendirian merupakan ciri-ciri orang yang mempunyai penghayatan agama yang tinggi. Hasil kajian juga memberikan implikasi penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Islam, bagi meningkatkan dan memperkasakan kemantapan modul SUMUR dalam pembangunan sahsiah dan kemenjadian murid-murid SMKA dan SABK.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 144
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121051+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.