Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458277
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasanah Abd Khafidz, Dr.
dc.contributor.authorAqilah Abd Halim (P85710)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:45Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:45Z-
dc.date.issued12/03/2019
dc.identifier.otherukmvital:121047
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458277-
dc.descriptionMualaf merupakan golongan yang masih baru dalam mempelajari agama Islam. Oleh itu, untuk memahami ajaran Islam, mualaf perlu mempelajari ilmu melalui pembelajaran kelas fardu ain yang diadakan khas kepada mualaf dalam mendalami ilmu agama Islam. Walau bagaimanapun guru atau tenaga pengajar mualaf tidak diberikan satu kaedah atau garis panduan khusus yang dikeluarkan untuk mengajar fardu ain kepada golongan mualaf. Hal ini menunjukkan bahawa pengajar perlu mencari inisiatif tersendiri untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah dan cara tersendiri mengikut kemampuan pengajar. Tambahan pula kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk golongan dewasa tidak sama dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran fardu ain golongan mualaf dewasa serta kaedah alternatif yang lain di dalam pengajaran dan pembelajaran fardu ain kepada mualaf. Rekabentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah kualitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual separa berstruktur terhadap tujuh orang tenaga pengajar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Dapatan kajian disusun berdasarkan thematic untuk mengenal pasti tema-tema yang terbentuk hasil daripada temu bual yang dilakukan. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk golongan mualaf dewasa iaitu kuliah atau syarahan, soal jawab, perbincangan, bercerita dan hafalan, bahasa kiasan dan perumpamaan serta nasihat. Kewujudan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut membantu golongan mualaf dewasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah kaedah alternatif lain seperti kaedah penulisan, kaedah amali dan ICT iaitu Power Point turut digunakan oleh tenaga pengajar mualaf di dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini memberi sumbangan ilmu kepada tenaga pengajar mualaf di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta badan-badan NGO Islam yang terlibat di dalam menguruskan kelas fardu ain kepada mualaf di dalam memperkemaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian ini dapat mengembangkan usaha menyampaikan ilmu fardu ain dan menambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada mualaf dewasa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKaedah
dc.subjectFardu ain
dc.subjectMualaf
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKaedah pengajaran dan pembelajaran fardu ain dalam kalangan mualaf dewasa di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
dc.typetheses
dc.format.pages110
dc.identifier.barcode004810(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121047+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.