Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458275
Title: | Punca perceraian dalam kalangan remaja di Kota Bharu |
Authors: | Wan Murni Wan Moktar (P83396) |
Supervisor: | Anwar Fakhri Omar |
Keywords: | Punca Remaja Kota Bharu Penceraian Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16 |
Description: | Statistik menunjukkan perceraian di kalangan remaja di daerah Kota Bharu adalah yang tertinggi di Kelantan berbanding dengan daerah-daerah lain di negari ini. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji perceraian yang berlaku dalam kalangan remaja di daerah Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh lima tahun iaitu antara tahun 2014 dan 2018. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti latar belakang pasangan remaja yang bercerai termasuk 16 tahun umur pasangan perempuan dan 18 tahun umur pasangan lelaki hingga umur 25 tahun serta tempoh perkahwinan dan taraf hidup mereka. Kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti punca-punca berlakunya perceraian dalam kalangan remaja serta langkah-langkah mengatasinya. Kajian ini dilakukan di daerah Kota Bharu, Kelantan dengan merujuk kepada data-data yang terdapat di Majlis Agama Islam Negeri Kelantan dan Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu. 100 kes perceraian daripada fail mahkamah tersebut turut dikaji. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kepustakaan dengan merujuk kepada kajian-kajian lepas dan kes-kes yang berkaitan. Hasil kajian mendapati punca utama belaku perceraian ialah kerana tiada persefahaman (39 kes) diikuti kegagalan suami untuk memberi nafkah (15) kes, suami meninggalkan isteri (11 kes) penderaan rumahtangga oleh suami (10 kes), suami terlibat dengan dadah (10 kes) suami mengabaikan tanggungjawab (9 kes) dan suami tidak bekerja (6 kes). Pihak suami didapati menjadi penyumbang kepada 7 punca perceraian yang paling utama. Suami juga didapati terlibat dengan judi, suami dipenjara (masing-masing 2 kes). Campurtangan keluarga (5 kes) manakala terdapat 5 kes dimana isteri nusyuz dan tidak taat kepada suami. Walau bagaimanapun, terdapat juga punca perceraian yang tidak direkodkan kerana berlaku di luar mahkamah sama ada di rumah, di dalam kereta, melalui telefon, pesanan ringkas whatapps, tebus talak, taklik dan lain-lain. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi ilmu dan kesedaran kepada remaja supaya melengkapkan diri sebelum berumah tangga dengan ilmu agama, kewangan dan kekeluargaan. Jabatan Agama Islam juga disarankan agar menambahbaik modul sedia ada supaya dapat menyumbang kepada penurunan kadar perceraian di kalangan remaja khususnya.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 102 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121043+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.