Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458274
Title: | Kelewatan pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam menurut perspektif syarak dan undang-undang |
Authors: | Bibi Nur Adila Zulkafli (P77146) |
Supervisor: | Md Yazid Ahmad |
Keywords: | Pusaka tak alih Kelewatan pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25 |
Description: | Di Malaysia, aset pusaka tak alih yang belum dituntut milik orang Islam semakin meningkat saban tahun. Nilaian aset pusaka yang belum dituntut dianggarkan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2016 berbanding RM40 bilion pada tahun 2007. Kegagalan memulakan permohonan pusaka merupakan punca utama jumlah aset pusaka yang belum dituntut terus meningkat dan sekali gus mendatangkan kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara sama ada dari sudut ekonomi, sosial, pentadbiran dan sebagainya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan syarak terhadap kedudukan kelewatan pengurusan aset pusaka oleh pihak waris dan mengkaji kekangan yang dihadapi dalam pengurusan aset pusaka tak alih. Selain itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk menganalisis kaedah penyelesaian sedia ada dalam menangani masalah pengurusan aset pusaka tak alih orang Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah analisis kandungan yang menggunakan temu bual berstruktur dalam mendapatkan data. Seramai tujuh orang pakar dalam bidang pengurusan pembahagian aset pusaka telah ditemu bual sepanjang kajian dijalankan. Hasil kajian mendapati terdapat enam kekangan berserta penyelesaian sedia ada dalam pengurusan aset pusaka tak alih iaitu masalah sosial masyarakat, kekangan pendidikan, kekangan pentadbiran, kekangan pengurusan, kekangan prosedur dan kekangan statut perundangan aset tak alih. Selain itu, hasil kajian juga mendapati satu penetapan tempoh masa permohonan pusaka bermula dari tarikh kematian perlu diwujudkan bagi menangani masalah kelewatan dalam pengurusan aset pusaka si mati. Sumbangan utama kajian ini adalah kepada pihak pengurusan aset pusaka agar masalah kelewatan memulakan pengurusan pusaka dapat dikurangkan dan beberapa masalah lain akibat kelewatan juga dapat dielakkan. Kajian ini juga memberi implikasi penting kepada ahli waris dan masyarakat agar pengurusan aset pusaka tak alih si mati disegerakan pembahagiannya. Oleh itu, semua pihak daripada agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan dapat memainkan peranan dalam usaha mengurangkan masalah kelewatan memulakan permohonan pusaka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 156 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121042+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 980.85 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.